Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bigpay baru 2

BigPay Hadir Dengan Rekaan Baharu, Kini Sedia Dimuat Turun

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

BigPay untuk Android dan iOS hari ini tampil dengan rekaan antara muka yang baharu. Anda boleh kemas kini ke versi terkini dan tekan “Switch to new design” dalam aplikasi.

Jangan risau, anda boleh kembali ke rekaan lama kalau tidak selesa dengan versi baru ini.

bigpay ui baru – 2
Baru
bigpay ui lama – 5
Lama

Warna biru masih kekal mendominasi keseluruhan aplikasi. Mereka juga menggunakan font baharu.

Apabila anda pergi lebih mendalam, barulah font tadi lebih tebal, besar dan jelas dilihat.

bigpay ui baru – 8

Di bar navigasi yang terapung di bawah, ia sekarang lebih ringkas kerana hanya ada tiga butang iaitu Home, Explore dan Rewards.

Butiran transaksi juga lebih kemas berbanding dulu. Ia juga terasa sedikit lebih responsif berbanding antara muka lama.

bigpay ui baru – 7
Baru
bigpay ui lama – 3
Lama

Secara peribadi, memang UI ini nampak lebih moden dan ringkas.

Pun begitu, kekurangannya ialah font dan ikon di halaman utama terlalu halus, merendahkan nafsu saya untuk menekan-nekan. Ini juga mungkin beri masalah terutama mereka yang ada masalah penglihatan.

bigpay ui baru – 5
Baru
bigpay ui lama – 9
Lama

Dalam pada itu, kedudukan ikon imbasan untuk pembayaran kod QR DuitNow berada di penjuru atas kanan sebenarnya menyusahkan pengguna.

Keseluruhannya, BigPay kini nampak lebih ringkas dan lebih ‘up-to-date’. Hanya beberapa perkara untuk ditambah baik.

Apa kata anda?

Berkaitan

  • Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • BigPay Sokong Kod QR NETS Singapura Dan PromptPay Thailand
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • BigPay Kini Boleh Imbas Kod QR Indonesia, QRIS
  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY