Berdasarkan pendedahan dari L0vetodream, Apple kini dikatakan akan menggunakan nama “iPhone 12 mini” bagi salah satu model iPhone 2020. Ia turut mendakwa antara nama model iPhone 12 termasuk “iPhone 12″, “iPhone 12 Pro”, dan “iPhone 12 Pro Max”. https://twitter.com/L0vetodream/status/1308009156486467584?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1308009156486467584%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.macrumors.com%2F2020%2F09%2F21%2Fiphone-12-lineup-rumored-naming%2F Dijangka nama iPhone 12 mini adalah bagi model bersaiz 5.4 inci, sementara model 6.7 inci akan…
Pengarang: Amalina Athman
HONOR 9S Dilancarkan Pada Harga RM359
HONOR kini secara rasmi telah melancarkan peranti kelas permulaan, HONOR 9S untuk pasaran Malaysia. HONOR 9S dilengkapi paparan 5.45 inci LCD dengan resolusi HD. Peranti ini dijana cip MediaTek Helio P22 dengan RAM 2GB dan 32GB storan dalaman. Ia turut menyokong slot kad micro-SD untuk penambahan storan sehingga 256GB. Dari segi kamera, ia dimuatkan dengan…
Microsoft Ambil Alih ZeniMax Media Dan Bethesda Pada Harga US$7.5 Bilion
Microsoft kini mengesahkan telah bersetuju untuk membeli ZeniMax Media, yang merupakan syarikat induk Bethesda Softworks pada harga $7.5 bilion. Dengan pengambilalihan ini, semua permainan francais termasuk The Elder Scrolls, Fallout, Wolfenstein, DOOM, Dishonored, Prey, Quake, Starfield dan lain-lain akan dilancarkan di bawah Microsoft Xbox Game Studios. Menurut Microsoft, “Bethesda is an incredibly talented group of…
realme UI 2.0 Diumumkan – Mod Gelap Yang Diperbaharui, Android 11, AOD, Dan Lain-Lain
Dalam acara yang berlangsung pada hari ini, realme telah memperkenalkan antaramuka realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11. Seperti dijangka, ia hadir dengan pelbagai ciri baharu yang hampir sama seperti ColorOS 11 yang diumumkan baru-baru ini. Dalam erti kata lain, konsepnya adalah sama seperti Magic UI dan EMUI. Umum mengetahui, peranti realme menjalankan ColorOS sehingga…
OnePlus 8T Sah Akan Dilancar Pada 14 Oktober Ini
Amazon India sebelum ini mengesahkan OnePlus 8T akan diperkenalkan tidak lama lagi, dimana OnePlus mengadakan kuiz dengan terma dan syarat menunjukkan 14 Oktober sebagai tarikh akhir pertandingan itu berlangsung. Ia dikatakan sebagai tarikh yang sama bagi pelancaran OnePlus 8T. Sebagai tambahan, laman tersebut turut memperlihatkan OnePlus 8T akan hadir dengan varian memori 8GB RAM. Terbaru,…
MCMC Siasat Aduan Pengurangan Kelajuan Muat Naik Pakej Unifi 500Mbps
Baru-baru ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan telah mengurangkan kelajuan pakej Unifi. Penyedia perkhidmatan itu dikatakan telah mengubah kelajuan muat naik kepada 100Mbps bagi pakej 500Mbps. Terdahulu, TM telah memperkenalkan pakej Unifi pada Ogos dengan menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps dan kelajuan muat turun 500Mbps. Bagaimanapun, terdapat aduan yang mengesan pakej tersebut telah diubah sejak…
