Pada masa ini, jika memakai pelitup muka, Face ID tidak dapat berfungsi dengan baik dan memerlukan nyahkunci iPhone dilakukan dengan memasukkan kata laluan. Melalui kemas kini iOS 14.5 yang akan dilepaskan tidak lama lagi, Apple akhirnya menyediakan penyelesaian bagi membolehkan iPhone dengan sokongan Face ID dinyahkunci lebih mudah ketika memakai pelitup muka. Pada iOS 14.5,…
Pengarang: Amalina Athman
MCMC: Guna Peruntukan 1GB Data Percuma Sebaiknya Untuk PdPR
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan tawaran 1GB data percuma setiap hari atau 30GB sebulan dilanjutkan sehingga 30 April 2021. Kini, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyarankan pengguna perkhidmatan telekomunikasi, terutamanya golongan pelajar, guru dan ibu bapa untuk menggunakan peruntukan tersebut sebaik-baiknya bagi tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah…
Serupa Tapi Tak Sama, Hati-Hati Dengan Laman Web Palsu Maybank2U
Pengguna kini disarankan untuk berhati-hati dengan laman web yang dipercayai menyamar sebagai laman web Maybank2U. Laman web dengan pautan “https://campaignmay2u.com/” tersebut menggunakan antaramuka (interface) serta susun atur yang sama seperti laman web asli Maybank2U. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan di mana tiada pengesahan kata kunci keselamatan yang perlu disahkan sebelum memasukkan kata laluan. Oleh itu, pengguna…
Netflix Sedang Menguji Ciri Sleep Timer – Hentikan Video Secara Automatik Dalam Tempoh Ditetapkan
Netflix baru-baru ini dilaporkan bakal memperkenalkan ciri Sleep Timer pada platform perkhidmatan penstriman itu. Sebagai peringkat ujian, Netflix telah melepaskan ciri tersebut kepada peranti Android secara global. Melalui ciri Sleep Timer ini, pengguna boleh menetapkan tempoh masa seperti 15 minit, 30 minit, 45 minit atau sehingga sesuatu kandungan video tamat dimainkan. Seterusnya, ia secara automatik…
Sistem Pertahanan Negara Dan Laman Web Kerajaan Dalam Keadaan Selamat – Ismail Sabri
Semalam, Anonymous Malaysia menerusi muat naik di Facebok mendakwa serangan siber telah bermula di mana kumpulan penggodam yang dinamakan sebagai Cyberpunk Team telah menggodam lima laman web milik kerajaan. Antaranya termasuk laman web milik kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Kerajaan Negeri Perak. Melalui imej pada laman web berkenaan,…
Petaling Street Kini Di Shopee
Setiap kali menyebut Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street pasti akan terbayang kemeriahan di kawasan itu yang terdapat pelbagai gerai jualan. Digelar sebagai ‘China Town’ atau pekan Cina, ia juga merupakan destinasi pelancongan terkenal di ibu kota yang sering dilawati pelancong. Bagaimanapun, keadaan semasa pandemik COVID-19 menyebabkan peniaga mengalami kerugian sehingga 95%. Terkini,…
