Seperti diketahui, pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera telah pun boleh dilakukan bermula 23 Februari 2021. Terbaru, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) telah mengeluarkan jumlah terkini bagi pendaftaran vaksin melalui MySejahtera. Menurut JKJAVMY, sebanyak 5,633,903 pendaftaran telah direkodkan sehingga 16 Mac 2021, jam 12.00 tengah malam. Berdasarkan pendaftaran mengikut negeri, Selangor mencatatkan…
Pengarang: Amalina Athman
Ini Mungkin Harga Yang Akan Ditawarkan Untuk POCO X3 Pro
Semalam, POCO telah pun mengesahkan sebuah telefon pintar terbaru akan dilancarkan untuk pasaran global pada 22 Mac 2021. Berikutan itu, terdapat spekulasi mengatakan POCO X3 Pro adalah peranti yang akan diperkenalkan pada acara tersebut. Terbaru, harga POCO X3 Pro didakwa telah tertiris yang memperlihatkan peranti ini hadir dengan dua pilihan memori iaitu 6GB+128GB serta 8GB+256GB….
Opensignal: Kelajuan 4G/5G iPhone 12 Lebih Perlahan Berbanding Peranti Android
Opensignal kini telah mengeluarkan laporan terbaru mengenai prestasi kelajuan rangkaian 5G pada barisan iPhone 12 berbanding peranti Android untuk pasaran Amerika Syarikat. Walaupun iPhone 12 memperlihatkan peningkatan kelajuan 2.3 kali ganda berbanding model iPhone 4G terdahulu, barisan model terbaru itu mempunyai kelajuan yang lebih perlahan berbanding sekurang-kurangnya 25 model Android dalam laporan Opensignal. Daripada 25…
POCO Akan Melancarkan Telefon Pintar Terbaru Pada 22 Mac Ini
POCO kini mengumumkan sebuah telefon pintar terbaru akan dilancarkan secara global pada 22 Mac 2021. Bagaimanapun, buat masa ini POCO belum lagi mendedahkan peranti mana yang akan dilancarkan pada tarikh tersebut. #PowerMeetSpeed Who is ready for the biggest #POCO launch of the year?Stay tuned for March 22nd! pic.twitter.com/WknIRzAon6 — POCO (@POCOGlobal) March 15, 2021 Terdapat…
Cara Mudah Padam Semua Notifikasi Pada iPhone
Seperti diketahui, terdapat satu ciri yang dinamakan sebagai Notification Centre pada iPhone. Menerusinya, ia memberikan notifikasi daripada aplikasi termasuk e-mel, jam penggera, permainan, SMS dan sebagainya. Notifikasi tersebut juga akan terus terpapar di bahagian Notification Centre selagi mana anda tidak membuka atau membersihkannya. Jika terlalu banyak notifikasi yang diterima dan dibiarkan terpapar, sesetengah orang mungkin…
MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengeluarkan pelawaan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit di 839 lokasi seluruh negara yang melibatkan negeri Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Lokasi-lokasi berkenaan adalah terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia serta kawasan-kawasan terpencil di…
