Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Qualcomm, Apple dikatakan telah merancang untuk membangunkan cip modemnya sendiri sejak beberapa tahun ini. Terbaharu, gergasi teknologi itu kini dilapor mahu mula menggantikan cip modem Qualcomm yang digunakan pada iPhone, seawal 2024. Menurut Bloomberg, sebagai sebahagian daripada peralihan kepada pembuatan cipnya sendiri bermula 2024, Apple juga mahu menghentikan penggunaan komponen daripada…
Pengarang: Amalina Athman
TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy
Laporan sebelum ini menyatakan siri Galaxy S23 akan menerima versi eksklusif cip Snapdragon 8 Gen 2, yang menjalankan teras utamanya pada 3.36GHz dan bukannya 3.19GHz biasa. Walau bagaimanapun, laporan lain menyebut bahawa Samsung MX (Mobile eXperience) telah membentuk pasukan untuk membangunkan cipnya sendiri. Terbaharu, perincian mengenainya mungkin akan didedahkan pada acara Galaxy Unpacked yang dijangka…
Xiaomi Dijangka Perkenal Peranti Andalan Baharu Pada Acara MWC 2023
Selepas melancarkan siri Xiaomi 13 untuk pasaran China, Xiaomi kini dilapor akan memperkenalkan model lain dalam barisan siri itu pada acara Mobile World Congress (MWC) 2023. {suggest} Memetik laporan 91Mobiles, sumber industri memberitahu Xiaomi dijangka memperkenalkan peranti andalan baharu yang mungkin dipanggil sebagai Xiaomi 13S Ultra. Dinyatakan, jenama dari China itu bekerjasama dengan pembuat kamera…
iPhone 15 Dilapor Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal
iPhone 15 kini dilaporkan sudah memasuki peringkat ujian pembangunan awal oleh Foxconn. Menurut laporan Economic Daily News, Foxconn telah menerima arahan untuk memulakan “pengeluaran percubaan mesin baharu” untuk iPhone 15 dan pengenalan produk baharu (NPI) untuk peranti tersebut. {suggest} Proses ini berlaku sebelum iPhone 15 dijangka memasuki pengeluaran besar-besaran lewat tahun ini, di mana ia…
Navigasi Google Maps Pada Wear OS Kini Boleh Digunakan Tanpa Telefon
Google mengumumkan Wear OS 3 kini hadir dengan sokongan navigasi Maps tanpa perlu dipadankan dengan telefon pintar. {suggest} Menurut Google, navigasi yang boleh digunakan secara kendiri (stand-alone) ini tersedia secara khusus jika pengguna mempunyai jam tangan dengan sokongan LTE, atau jam yang disambungkan pada internet melalui Wi-Fi. Ketika ini, Google Maps untuk Wear OS 3…
Data 262,000 Pengguna Maxis Didakwa Telah Tertiris
Data yang melibatkan kira-kira 262,000 pengguna Maxis kini didakwa telah tertiris di forum pangkalan data Breached. {suggest} Seorang individu dengan nama ‘actifedot’ mendakwa sejumlah data pengguna telah diambil melalui laman web www.maxis.com.my/zh/home/. Dinyatakan, data tersebut juga adalah data baharu yang tidak pernah dibocorkan di mana-mana platform. Format fail dalam bentuk JSON dan CSV itu didakwa…
