Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pengarang: Amalina Athman

electronics_banner_desktop_1920x1080 (2)

Kerajaan India Sahkan Siasatan Kebocoran Data Tata Electronics Yang Didakwa Dedahkan Dokumen iPhone 18 Pro

Kerajaan India mengesahkan sedang menyiasat insiden kebocoran data melibatkan Tata Electronics yang didakwa mendedahkan dokumen sulit berkaitan iPhone 18 Pro yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh Apple. Menurut laporan Reuters, perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India, S. Krishnan. Ia juga merupakan kenyataan awam pertama kerajaan India berhubung insiden berkenaan. Menurut…

OpenAI_The Intercept

OpenAI Dilapor Bincang Pemberian Pegangan 5% Kepada Kerajaan AS

OpenAI dilapor sedang membincangkan cadangan untuk memberikan pegangan pemilikan sebanyak 5% kepada kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada usaha membentuk kerjasama lebih rapat dengan pentadbiran Donald Trump. Menurut laporan Financial Times, CEO OpenAI Sam Altman telah membangkitkan idea tersebut dalam perbincangan bersama Presiden AS Donald Trump serta beberapa pegawai kanan pentadbiran. Cadangan berkenaan bukan sahaja…

Meta Pocket_02

Meta Bangunkan Aplikasi Pocket, Platform Berkonsepkan ‘Vibe Coding’

Meta dilihat sedang membangunkan aplikasi Pocket, yang memfokuskan kepada penghasilan dan perkongsian kandungan interaktif kecil atau dikenali sebagai ‘gizmo’ menggunakan kecerdasan buatan (AI). Kewujudan aplikasi itu mula dikesan menerusi penyenaraian di Google Play serta dikongsi oleh Alessandro Paluzzi di X. Berdasarkan maklumat pada penyenaraian tersebut, Pocket digambarkan sebagai platform kreatif yang membolehkan pengguna mencipta dan…

WhatsApp username_imagewisermy_02

WhatsApp Perjelas Kebimbangan Pengguna Mengenai Keselamatan Ciri ‘Username’

WhatsApp tampil menjelaskan beberapa aspek keselamatan dan privasi melibatkan ciri username (nama pengguna) yang bakal diperkenalkan kepada semua pengguna, susulan pelbagai persoalan yang timbul sejak tempahan username dibuka lebih awal. Menerusi perkongsian di X, syarikat itu menjawab kebimbangan berkaitan risiko penyamaran identiti, mesej daripada individu tidak dikenali serta langkah perlindungan yang akan disediakan apabila ciri…

Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 – Fahmi

Kerajaan Perkukuh Penguatkuasaan Had Umur Media Sosial, VPN Antara Cabaran Utama

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berusaha membanteras penggunaan mekanisme dalam talian seperti rangkaian persendirian maya (VPN) dan identiti pihak ketiga bagi tujuan memintas kawalan penguatkuasaan had umur media sosial. Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dari segi undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanfaatkan…

Apple Company_2

Kebocoran Data Terbesar Apple Didakwa Dedahkan Lebih Banyak Butiran iPhone 18 Pro

Lebih seminggu selepas Tata Electronics mengesahkan insiden keselamatan siber yang menyebabkan lebih 630GB data tertiris, semakin banyak maklumat berkaitan Apple terus didedahkan hasil analisis terhadap fail-fail tersebut. Kebocoran itu disifatkan sebagai antara yang terbesar pernah melibatkan Apple kerana didakwa membabitkan pelbagai dokumen pembangunan dalaman bagi produk yang masih belum diumumkan. Apa yang tertiris? Seperti dilaporkan…

  • Previous
  • 1
  • …
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
  • 49
  • 50
  • 51
  • …
  • 946
  • Next
©2026 WISER.MY