Samsung Electronics Co. dilapor memberhentikan ribuan pekerja di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan tenaga kerja global. Menurut laporan Bloomberg, sumbernya memberitahu bahawa pemberhentian itu boleh menjejaskan kira-kira 10% tenaga kerja di pasaran tersebut, walaupun bilangan bagi setiap anak syarikat mungkin berbeza-beza. Langkah yang sama juga dirancang untuk anak…
Pengarang: Amalina Athman
Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Latar Belakang, ‘Filter’ Semasa Panggilan Video
Mula dibangunkan sejak beberapa bulan lalu, ciri filter dan background atau latar belakang kini tersedia untuk pengguna WhatsApp. Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah filter atau menukar latar belakang semasa dalam panggilan video untuk menjadikan perbualan lebih menarik. Terdapat 10 filter dan 10 latar belakang untuk dipilih. Pilihan filter termasuk Warm, Cool, Black & White, Light Leak, Dreamy, Prism Light, Fisheye,…
Ujian Dedahkan Kelajuan Pengecasan Sebenar Untuk iPhone 16 Pro Max
Barisan iPhone 16 dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang berkaitan bateri dan kecekapan haba. Antaranya termasuk sokongan pengecasan berwayar yang lebih pantas. Sebelum ini, laporan menyatakan siri iPhone 16 menyokong pengecasan maksimum 45W dan perkara itu disahkan sendiri oleh Apple Support. Dalam perkembangan terbaru, ujian yang dijalankan oleh ChargerLAB menunjukkan bahawa peranti itu sebenarnya tidaklah mengecas…
Pemegang Lesen B2/B1 Kini Boleh Semak Kelayakan, Mohon Program Khas Peralihan Kelas B
Selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada Kelas B, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia kini memaklumkan pemegang lesen B2/B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti program khas tersebut di mana-mana Institut Memandu (IM) terpilih di seluruh negara, bermula 1 Oktober 2024. Pemegang LMM Kelas B2/B1…
Kerajaan Akan Perkenal Dasar Awan Negara Dengan Empat Teras Utama
Kerajaan akan memperkenalkan Dasar Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teras berkenaan adalah inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam, daya saing dan pertumbuhan ekonomi, memacu pengembangan ekonomi dengan membolehkan perniagaan mengukuhkan kepercayaan pengguna, serta keselamatan data dan pemerkasaan rakyat melalui keterangkuman digital. Beliau berkata teras pertama…
Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan
Hotlink kini menggandakan kelajuan dan menambah lebih banyak data untuk pas prabayar bulanannya. Bermula hari ini, pengguna boleh menikmati kelajuan lebih pantas dan kuota internet yang dinaik taraf melalui pas prabayar Hotlink Tanpa Had RM40 dan RM50, serta Hotlink Pantas RM25 dan RM35. Pas Prabayar Hotlink Tanpa Had RM40 dan RM50 dinaik taraf dengan kelajuan…
