Kilang pemprosesan kelapa sawit yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah dilancarkan di Perak. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pengoperasiannya dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing antara 30-35%. Selain itu, penggunaan teknologi canggih dari Brazil ini juga mampu meningkatkan hasil dan meminimumkan kos pengeluaran minyak sawit….
Pengarang: Amalina Athman
KKM Rangka ‘Super Apps’, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Termasuk Pesanan Ambulans
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang merangka konsep ‘super apps’ yang akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan, termasuk pesanan ambulans. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata inisiatif itu bagi memperkasakan dan menambah baik aspek pendigitalan dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Aplikasi ini selaras dengan penggunaan e-hailing yang semakin berkembang dan kerap diguna pakai di…
Kemas Kini Segera, iOS 18.1.1 Tampal Kelemahan Keselamatan Yang Dieksploitasi Secara Aktif
Apple hari ini mengeluarkan iOS 18.1.1 dan iPadOS 18.1.1 dengan pembetulan keselamatan penting, yang hadir tiga minggu selepas iOS 18.1 dilancarkan. Menerusi halaman sokongan, Apple telah memperincikan kelemahan keselamatan yang dieksploitasi secara aktif pada sebilangan peranti, melibatkan WebKit dan JavaScriptCore. Dengan kelemahan JavaScriptCore, pemprosesan kandungan web yang direka secara berniat jahat boleh membawa kepada pelaksanaan…
iPhone 17 ‘Air’ Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6
Penganalisis Apple, Jeff Pu menyatakan persetujuannya terhadap khabar angin baru-baru ini yang mendakwa bahawa “iPhone 17 Air” akan mempunyai ketebalan sekitar 6mm, lapor MacRumors. Dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan oleh bank pelaburan Haitong yang berpusat di Hong Kong, Jeff Pu berkata, Kami bersetuju dengan perbualan baru-baru ini mengenai reka bentuk ultra-nipis model iPhone 17 Slim…
Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand
Astro turut mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman Max sudah boleh diakses melalui Astro GO dan On Demand bermula hari ini, 19 November 2024. Dengan kerjasama Warner Bros. Discovery (WBD), pelanggan Astro boleh menikmati barisan kandungan terbaik Max, seperti Harry Potter, DC Universe, The Last of Us, Game of Thrones dan House of the Dragon. Sempena pelancaran…
Pengguna Unifi Boleh Langgan Max Serendah RM13.60/Bulan
Seiring pelancaran Max, Unifi turut mengumumkan ketersediaan langganan perkhidmatan penstriman itu khusus untuk pelanggannya. Bagi semua pelanggan Unifi, Max tersedia untuk langganan bulanan secara a la carte pada harga RM13.60 (Mobile), RM24.90 (Standard) dan RM34.90 (Ultimate). Harga yang ditawarkan adalah sehingga RM18 lebih murah berbanding langganan secara terus melalui Max. Sementara pengguna Unifi TV sedia…
