Asus ZenFone Max M2 Dan Max Pro M2 Mula Terima Kemaskini Penambahbaikan Kamera

Pada bulan terakhir 2018, Asus telah melancarkan dua peranti baru yakni Asus Zenfone Max M2 serta Asus Zenfone Max Pro M2.

Ketika ini versi Pro sahaja yang sudah berlegar-legar dipasaran tempatan sementara Max M2 bakal tiba pada 11 Januari depan.

Mengutip laporan daripada GSMArena, kedua-dua peranti sudah mula menerima kemaskini perisian yang lebih memfokuskan terhadap penambaikan penggunaan kamera.

Difahamkan, Max Pro M2 akan didatangkan dengan kemaskini antaramuka kamera dan memperbaiki pengurangan bunyi Radio FM. Turut diramalkan adalah ciri AI baru untuk peranti.

Bagi versi Max M2 pula, ia dikatakan akan mendapat sokongan EIS untuk kamera swafoto selari dengan janji Asus semasa upacara pengenalan peranti. Selain meningkatkan prestasi kamera, kemaskini juga membawakan patch sekuriti bagi bulan Disember.

Kemaskini akan ditawarkan secara OTA dan dilepaskan secara berperingkat dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk anda terima. Unit Max Pro M2 ditangan kami masih lagi berjalan dengan patch sekuriti bulan Oktober.

Sumber: GSMArena