ASUS Malaysia telah mengumumkan Zenbook S 13 OLED premium (UX5304M). Peranti ini dikuasakan cip Intel Core Ultra 7 yang dilengkapi dengan teknologi AI terkini.
{suggest}
Zenbook S 13 OLED adalah komputer riba dengan skrin OLED 13.3 inci yang paling nipis di dunia. Ia juga dikenali sebagai Zenbook paling mesra alam serta mempunyai prestasi yang baik untuk penggunaan seharian.
Zenbook S 13 OLED memiliki bezel sangat nipis sekitar 1 cm dan berat casis hanya 1 kg, menjadikannya peranti ultraportable dengan prestasi, ketersambungan dan hayat bateri antara yang terbaik.
Ia tersedia dalam warna Kelabu Basalt dan Biru Ponder dan direka dengan mengutamakan kesan terhadap alam sekitar.

Bahan kitar semula digunakan dalam pembinaannya termasuk pembungkus yang diperakui mempunyai campuran FSCTM dan aluminium seramik plasma mesra alam untuk model Kelabu Basalt.
Elektronik bebas halogen turut digunakan, menjadikannya model Zenbook yang paling mesra alam yang pernah dihasilkan oleh ASUS.
Zenbook S 13 OLED menawarkan pengalaman visual dengan paparan ASUS Lumina OLED 16:10 3K yang diperakui Dolby Vision. Paparan ini juga mendapat pengiktirafan dengan sijil Pantone dan VESA DisplayHDR True Black 500.
Harga
ASUS Zenbook S 13 OLED (UX5304M) akan dijual mulai 19 Februari 2024 dengan harga RM 6,499 dan akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Basalt Grey dengan aluminium seramik plasma yang unik dan Biru Ponder sebagai warna klasik.
Beli komputer riba Asus di:
Shopee – https://invl.io/clkm8sj
Lazada – https://invol.co/clkm8se
Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia
