Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-08T135021.365

Komputer Riba Mesra Alam Acer Aspire Vero Kini Dengan Intel Core Ultra

Diterbitkan Januari 8, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, syarikat peralatan elektronik Acer telah memperkenalkan tiga laptop terbaru sebagai penambahan kepada produk siri Aspire bersempena dengan CES 2024.

Acer Aspire Vero 16

Komputer Riba Mesra Alam Acer Aspire Vero Kini Dengan Intel Core Ultra

Laptop ini dikatakan adalah versi terkini bagi siri Acer Aspire dengan penguasaan Intel Core Ultra 7 dan Intel AI Boost yang berperanan dalam meningkatkan daya navigasi dalam peranti serta penghantaran video webcam pada 1440 QHD.

Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan konfigurasi 16GB LPDDR5 RAM dan menyokong dwi-slot SSD 2TB PCIe Gen 4.

Paparan skrin yang digunakan pula adalah 16 inci WQXGA dengan tetapan pilihan untuk skrin sentuh pada resolusi 2560 x 1600 piksel.

Di samping penggunaan secara berterusan selama 10 jam 30 minit dengan sekali pengecasan, Aspire Vero 16 juga dilengkapi dengan Wi-Fi 7, dua USB Jenis C dan HDMI 2.1.

Acer Aspire Go

Komputer Riba Mesra Alam Acer Aspire Vero Kini Dengan Intel Core Ultra
Acer Aspire Go 15
Komputer Riba Mesra Alam Acer Aspire Vero Kini Dengan Intel Core Ultra
Acer Aspire Go 14

 

Selain itu, Acer juga turut memperkenalkan keluaran terbaru bagi laptop model Aspire Go yang hadir dalam versi 15 inci dan 14 inci.

Walaupun kedua-dua model ini dikuasakan dengan Intel Core i3 N-Series, versi Aspire Go 14 diberikan pilihan untuk perubahan cip pemprosesan kepada AMD Ryzen 7000 Series.

Selain itu, setiap model Aspire Go ini didatangkan dengan 16GB LPDDR5 RAM dan storan SSD 1TB M.2 PCIe Gen 3.

Di samping kelengkapan Acer PurifiedVoice AI Noise Reduction untuk sambungan dalam talian yang jelas, kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan Acer BlueLightShield untuk melindungi mata pengguna dalam penggunaan jangka masa yang lama.

Berkaitan

  • MYSA Telah Melancarkan 5 Sistem Aplikasi Berteraskan Teknologi Angkasa Baharu Pada 2023
  • Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Ganjaran 'Rail Rewards' KTMB
  • SJCAM Lancar Kamera Aksi Dengan Dwikamera Pertama Di Dunia
  • Ini Jumlah Terkini Individu Yang Sudah Mendaftar PADU Mengikut Negeri

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY