Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook 16 (A1605) – Cip Intel Gen-12 Dijual Pada Harga RM 3,099

ASUS Vivobook 16 (A1605) – Cip Intel Gen-12 Dijual Pada Harga RM 3,099

Diterbitkan Januari 22, 2024 oleh Amal Addin

ASUS Malaysia melancarkan ASUS Vivobook 16 (A1605) model baharu yang diperbaharui dan dikuasakan pemproses Intel Core terkini. Komputer riba terbaru ini menawarkan pengalaman visual yang luar biasa melalui penggunaan paparan NanoEdge 16-inci berkeupayaan 16:10 yang luas.

Skrin Besar

Dengan nisbah skrin-ke-badan sehingga 86.5%, peranti ini dapat menyajikan skrin yang lebih besar dalam bentuk yang hampir serupa dengan komputer riba 15.6-inci konvensional.

Vivobook 16 A1605 Indie Black (3)

TÜV Rheinland low blue-light dan flicker-free certification juga memastikan keselesaan mata walaupun menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Berkaitan

  • CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari 'Laptop' ASUS Selepas Ini
  • ASUS Malaysia Raih Anugerah Kategori Peranti dan Kamera Serta IT dan Peralatan Pejabat
  • ASUS Sahkan Isu Pembaca Kad MikroSD ROG Ally
  • ASUS Lancar Zenbook DUO 2024 Dengan Harga RM9,999
  • ASUS TUF Gaming F16 Boleh Dimiliki Pada Harga RM5,999

Spesifikasi

Dikuasakan cip Intel Core 5 120U, memori RAM 16 GB RAM dan storan 512 GB SSD. Penyejukan yang senyap dan cekap disediakan oleh sistem penyejukan dwi-vented dengan kipas IceBlade. Bateri tahan lama sehingga 42 Whr dan terdapat WiFi 6E untuk sambungan ultra pantas.

Komputer riba ini hadir dengan kemasan berwajah logam dan pilihan warna yang mengikuti trend semasa serta bentuk yang langsing dan ringan.

Engsel yang dapat diratakan hingga 180°. Keupayaan I/O yang lengkap termasuk port USB-C 3.2 Gen 1, dua port USB 3.2 Gen 1 Jenis-A, port USB 2.0, port HDMI 1.4 dan bicu kombo audio.

Vivobook 16 A1605 Indie Black (4)

Komputer riba ini dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk penutup kamera web fizikal, papan kekunci bersaiz penuh ASUS ErgoSense dan pad sentuh bersaiz mega untuk keselesaan pengguna.

Perlindungan ASUS Antimicrobial Guard Plus digunakan pada kawasan yang sering disentuh untuk mengurangkan risiko penghantaran virus dan bakteria.

Komputer riba ini menawarkan ciri-ciri pintar seperti teknologi audio pembasmi hingar ASUS AI untuk komunikasi yang jelas dan kamera web dengan teknologi ASUS 3DNR untuk kualiti video terbaik. Selain itu, terdapat aplikasi ASUS yang meningkatkan produktiviti seperti GlideX, MyASUS dan ScreenXpert.

Harga

ASUS Vivobook 16 (A1605) hadir dengan satu spesifikasi yang dikuasakan pemproses Intel Core 5 120U, 16GB RAM, dan storan PCIe 512GB, dengan harga jualan RM 3,099.

Ia tersedia dalam pilihan warna Indie Black dan Cool Silver dan boleh dibeli melalui penjual sah ASUS dan e-store rasmi ASUS mulai 29 Januari 2024.

Beli komputer riba Asus di:

Shopee – https://invl.io/clkm8sj

Lazada – https://invol.co/clkm8se

Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY