ASUS Malaysia melancarkan Zenbook DUO (2024) UX8406, komputer riba ultraportable pertama di dunia dengan dua skrin sentuh OLED 3K 120 Hz 14 inci.
Peranti ini juga dilengkapi dengan papan kekunci dan pad sentuh Bluetooth ASUS ErgoSense bersaiz penuh yang boleh ditanggalkan dan mampu memberikan fleksibiliti semasa menggunakannya.
Edisi Intel® Evo™ Zenbook DUO menawarkan fungsi kepelbagaian tugas dalam peranti yang ringan dan hanya seberat 1.35 kg dengan paparan OLED 3K 120 Hz bersaiz penuh 16:10 yang besar.

Ianya dikawal oleh perisian ASUS ScreenXpert, peranti ini dapat berfungsi dalam pelbagai mod penggunaan dan menawarkan pengalaman komputer riba yang serbaguna. Papan kekunci dapat dicas semula dan ditanggalkan.
Zenbook DUO dikuasakan oleh Intel Core Ultra 9, NPU, 32 GB memori LPDDR5x, 1 TB SSD PCIe® 4.0, bateri 75 Wh, dan sistem audio Dolby Atmos dari Harman Kardon. Rekaan peranti ini menekankan kelestarian dengan menggunakan bahan kitar semula dan ujian ketahanan mengikut piawaian MIL-STD-810H AS.
Revolusi Reka Bentuk
Zenbook DUO adalah komputer riba dwi skrin pertama di dunia dengan skrin sentuh OLED 14-inci 3K 120 Hz berkembar. Dengan dua skrin, papan kekunci boleh tanggal, dan rekaan yang padat, peranti ini menghadirkan fleksibiliti yang unik untuk penggunaan di luar (outdoor).
Zenbook DUO dilengkapi dengan paparan premium ASUS Lumina OLED yang mendapat pengesahan Dolby Vision dan Pantone dengan gamut warna 100% DCI-P3 untuk memberikan pengalaman warna yang tepat.
{suggest}
Skrin juga diiktiraf dengan VESA DisplayHDR True Black 500 untuk warna hitam. Skrin sentuh ini menyokong stylus dengan tingkat tekanan tinggi untuk penggunaan Pen ASUS sehingga 4096 tekanan.
Perisian ScreenXpert yang terbina dalam peranti memungkinkan sokongan gerak isyarat berbilang sentuh yang membuatkan operasi peranti ini intuitif dan mudah.

Papan kekunci boleh ditanggalkan pada Zenbook DUO boleh disesuaikan di antara dua skrin untuk meningkatkan praktikaliti semasa membawanya. Reka bentuk ini meningkatkan keboleh-alihan dan keselesaan serta membenarkan pengguna menggunakan atau mengecas papan kekunci pada bila-bila masa tanpa tetapan tambahan.
Sambungan pogo-pin pada tepi skrin bawah untuk memastikan proses dok yang lancar dengan magnet penentu kedudukan automatik pada pogo pin dan sudut skrin kedua.
Mod Penggunaan
Ada empat mod pengguna ASUS Zenbook DUO:
- Dual Screen mode: Apabila digunakan dengan papan kekunci tanpa wayar, Zenbook DUO membolehkan pengguna memilih antara skrin luas tunggal sebesar 19.8 inci atau menggunakan paparan berkembar 16:10 dengan mudah.

- Desktop mode: Zenbook DUO dapat digunakan dengan engsel yang dapat diatur secara menegak dan membolehkan pengguna menyusun skrin secara potret sebelah-menyebelah. Mod ini sangat sesuai untuk pengguna seperti pengaturcara, penyelidik dan penulis.

- Laptop mode: Pengguna Zenbook DUO dapat meletakkan papan kekunci dan pad sentuh Bluetooth ASUS ErgoSense pada paparan bawah untuk mengalami gaya komputer riba tradisional dengan paparan 14 inci dan nisbah 16:10.

- Sharing mode: Mod ini memudahkan perkongsian kandungan dalam mesyuarat dan pembentangan. Dengan engsel 180°, skrin dapat diletakkan rata untuk memastikan semua orang dapat melihat tanpa kesulitan, meningkatkan interaksi dan perbincangan yang lebih efektif.

Spesifikasi
Dikuasakan cip Intel terkini iaitu Core Ultra 9 H yang baharu dan dilengkapi dengan 32 GB RAM LPDDR5x dan 1 TB PCIe 4.0 SSD. Bateri berkapasiti 75 Wh dengan jangka hayat yang dipertingkat memberikan penambahan 20% dalam kitaran pengecasan berbanding dengan generasi sebelumnya.
Pemproses Intel Core Ultra mempunyai Unit Pemprosesan Neural (NPU) terintegrasi pertama, memberikan enjin khusus untuk mengaktifkan pengalaman kecerdasan buatan (AI) di dalam peranti ini.
Ini memberikan grafik yang mendalam dan pemprosesan kuasa tinggi rendah tenaga serta membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas tanpa kebimbangan jangka hayat bateri.
NPU ini efisien untuk pemindahan beban kerja dari CPU dan menyediakan pemecutan AI cekap tenaga untuk aplikasi moden. Dengan pemprosesan AI yang rendah kependaman, Zenbook DUO sangat efisien untuk kerja, kreativiti, dan hiburan.

Meskipun nipis dengan ketebalan 14.6 mm, Zenbook DUO mengekalkan kemampuan I/O yang kukuh. Dilengkapi dengan dua port Thunderbolt 4, port USB 3.2 Gen 1 jenis-A, port HDMI 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5 mm, peranti ini memastikan pengguna tidak perlu membawa banyak peralatan tambahan.
Zenbook DUO menawarkan pengalaman hiburan yang luar biasa dengan sistem audio diperakui Harman Kardon dan sokongan Dolby Atmos, menghasilkan bunyi ruang (spatial) berbilang dimensi yang memukau.
Harga
ASUS Zenbook DUO (2024) UX8406 akan tersedia di Malaysia pada bulan depan dengan harga RM 9,999 untuk varian pemproses Intel Core Ultra 7, yang akan dijual mulai 19 Februari 2024.
Sebagai tawaran awal, pembeli Zenbook DUO akan menerima ASUS VivoWatch 5 bernilai RM 1,288 selagi stok masih ada.
Beli komputer riba Asus di:
Shopee – https://invl.io/clkm8sj
Lazada – https://invol.co/clkm8se
Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia
