Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-05T102129.189

ASUS Perkenal Barisan Komputer Riba ProArt Terbaru Dengan Cip AI

Diterbitkan Jun 5, 2024 ยท Dikemas kini Jun 5, 2024 oleh Muhd Idham

Sewaktu acara COMPUTEX 2024 berlangsung, ASUS telah mempamerkan tiga model komputer riba terbaru siri ProArt yang juga merupakan barisan Copilot+ PC serta ia dibina khas untuk kegunaan para editor disebabkan oleh ciri-ciri yang ditawarkan.

ProArt P16 (H7606)

ProArt P16_H7606_Product photo_Nano Black_10

Model ProArt P16 (H7606) ini mampu menyokong penguasaan daripada AMD Ryzen AI 9 HX 370 (5.1GHz) dengan gandingan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.

Selain itu, ia juga hadir dengan memori 64GB LPDDR5X dan storan 2TB SSD NVMe PCIe 4.0.

Paparannya pula adalah jenis OLED 16 inci dengan resolusi 4K (3840 x 2400), kadar segar semula 60Hz dan kadar tindak balas 0.2ms.

Lain-lain seperti bateri 90WHr, alat suai kuasa 200W AC, kamera web FHD, USB-C 3.2 Gen 2 dan HDMI 2.1.

ProArt PX13 (HN7306)

ProArt PX13_HN7306_Product photo_Nano Black_14

Sama juga untuk model ini yang mana ia menggunakan cip AMD Ryzen AI 9 HX 370 dengan gandingan NVIDIA GeForce RTX 4070, 32GB memori RAM LPDDR5X dan 2TB SSD PCIe 4.0.

Skrin juga hadir dengan jenis OLED 13.3 inci bersama resolusi 3K (2880 x 1800), kadar segar semula 60Hz dan kadar tindak balas 0.2ms.

Selain bateri 73WHr dengan sokongan alat suai kuasa 200W AC, peranti ini juga lengkap dengan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, kamera web FHD, USB-C 4.0 Gen 3 dan HDMI 2.1.

ProArt PZ13 (HT5306)

ProArt PZ13_Product photo_Nano Black_08

Model terakhir ini pula ada sedikit perbezaan yang mana ia dikuasakan oleh cip siri Snapdragon X yang masih belum dikemukakan sama ada Elite ataupun Plus.

Spesifikasi lainnya juga belum hadir dengan lengkap namun antaranya terdiri daripada skrin OLED 13 inci, Windows 11 Home, penarafan IP52, bateri 70WHr, dwi-kamera web dan ASUS Pen 2.0.

Ketiga-tiga model di atas dilengkapi dengan ciri StoryCube dan MuseTree yang mana fungsinya adalah memberi kemudahan kepada golongan editor melakukan kerja yang berkait seperti pemindahan fail mahupun menyunting video.

Tambahan lagi, peranti-peranti tersebut juga mempunyai pusat hab ProArt Creator dengan kelengkapan tetapan ASUS DialPad untuk kesesuaian setiap pengguna dan platform Color Control daripada Pantone.

Beli produk ASUS di:

Shopee – https://invl.io/clkpk5f

Lazada – https://invol.co/clkpk5g

{suggest}

Sumber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY