Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tuf gaming fx505 amd

ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD

Diterbitkan Mei 23, 2019 · Dikemas kini Mei 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Mempelbagaikan lagi penawaran sedia ada, ASUS Malaysia hari ini dengan rasminya telah mengumumkan barisan komputer riba gaming mereka, TUF Gaming FX505 yang dikemaskini untuk pembeli tempatan.

ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD

Siri ini sudah dikenali dengan harga tidak “sekeras” siri ROG, bakal membawakan komputer riba dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen serta digandingkan bersama kad grafik Nvidia. Spesifikasi asas serta harga seperti dibawah;

ASUS TUF Gaming FX505DU_Product Photos_Stealth Black_Blue Lighting_03
ASUS TUF Gaming FX505DU_Product Photos_Stealth Black_Blue Lighting_02
  • FX505DD (RM2899)
    • AMD Ryzen 5 3550H 2.1 GHz
    • RAM 4GB
    • 512GB SSD
    • NVIDIA GeForce GTX1050
  • FX505DT (RM3199)
    • AMD Ryzen 5 3550H 2.1 GHz
    • RAM 4GB
    • 512GB SSD
    • NVIDIA GeForce GTX1650
  • FX505DT (RM3499)
    • AMD Ryzen 7 3750H 2.3GHz
    • RAM 4GB
    • 512GB SSD
    • NVIDIA GeForce GTX 1650
  • FX505DU (RM4399)
    • AMD Ryzen 7 3750H (2.3GHz)
    • RAM 8GB
    • 512GB SSD
    • NVIDIA GeForce GTX 1660Ti
  • FX505DV (RM5199)
    • AMD Ryzen 7 3750H (2.3GHz)
    • RAM 8GB
    • 512GB
    • NVIDIA GeForce RTX 2060

Pra-tempah siri ini hanya eksklusif dibuka pada Shopee bermula 27 Mei 2019 hingga 29 Mei 2019.

Strix DSP_3D
ZenPower Slim-03-k2

Sebanyak 30 pembeli terawal akan menerima aksesori seperti ASUS Cerberus Gaming Headset dan ASUS ZenPower yang kesemuannya bernilai RM279. Untuk maklumat lengkap boleh layari laman ASUS Malaysia atau ASUS Laptop Store di Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY