Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASTRO Memperkenalkan NJOI NOW, Servis Penstriman Percuma

ASTRO Memperkenalkan NJOI NOW, Servis Penstriman Percuma

Diterbitkan Mei 11, 2017 oleh Haikel Areff

Awal pagi tadi Astro Malaysia Holdings Bhd telah memperkenalkan satu servis penstriman percuma, NJOI Now. Dengan adanya NJOI Now, warga Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada siaran satelit yang dibawakan oleh Astro seperti sebelum ini.

Kalau dilihat, ianya menyerupai aplikasi Astro On The Go. Bezanya Astro On The Go perlukan pengguna daftar masuk menggunakan Astro ID dirumah. NJOI Now pula mengetengahkan servis yang sama tanpa perlu ada ID Astro.

bnm

Pengguna boleh mengekses rancangan yang ditawarkan secara online atau offline di peranti mudah alih. Servis percuma yang ditawarkan ini merangkumi 2,200 pilihan movie, drama, sukan dan rancangan TV, sesetengah daripanya boleh dimuat turun terus ke peranti anda.

cx

Selain daripada kandungan percuma, pengguna juga akan diberi opsyen untuk mengakses kandungan premium yang memerlukan bayaran tambahan.

Pada yang minat bolasepak, anda boleh membayar RM5.30 untuk satu perlawanan, boleh disaksikan selama 3-4 hari.

bjk

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan NJOI Now berharap platform kandungan digital seperti ini akan lebih diketengahkan pada masa akan datang. Beliau juga berharap pengguna dapat mengambil peluang daripada ekonomi digital yang semakin mekar di Malaysia.

Astro mensasarkan tiga juta isi rumah dalam tempoh tiga tahun berbanding 1.8 juta sekarang ini sebagai pelanggan aplikasi NJOI Now.

Beliau ketika ditanya mengenai bagaimana syarikat merancang untuk mendapatkan hasil daripada NJOI Now, memberitahu dengan 98 peratus kadar penembusan telefon pintar di negara ini, Astro yakin bahawa jumlah yang disasarkan akan dapat dicapai.

Sumber 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY