Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ac mirage

Assassin’s Creed Mirage Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Diterbitkan Jun 6, 2024 ยท Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh Amsyar Latif

Assassin’s Creed Mirage merupakan permainan terbaru dalam francais popular dari Ubisoft di mana ia telah dilancarkan di platform konsol tahun lalu. Kini, permainan tersebut secara rasmi dibawa masuk untuk platform mudah alih iPhone dan iPad.

Ini adalah kali pertama peminat Assassin’s Creed dapat memainkan judul permainan popular konsol tersebut di platform mudah alih. Sebelum ini, pengguna iPhone dan iPad sudah pun menikmati judul permainan sebegitu seperti Resident Evil Village daripada pembangun CAPCOM.

Assassin’s Creed Mirage Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone Dan iPad

Buat pengetahuan, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semasa siri iPhone 15 Pro dilancarkan, Apple telah pun mengesahkan yang penggunanya boleh memainkan permainan bertaraf konsol.

Namun, tidak semua pengguna iPhone boleh memainkannya kerana syarat utama adalah ia memerlukan peranti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, iPad Air serta iPad Pro dengan cip M1 dan ke atas. Selain itu, peranti juga perlu mengemas kini sistem operasi sekurang-kurangnya versi iOS 17.4 atau iPadOS 17.4.

Anda boleh mencubanya sekarang dan jika mahu menaik taraf ke versi penuh, harganya adalah sekitar RM150 tetapi buat masa sekarang Ubisoft memberi diskaun sebanyak 50% menjadikannya hanya RM99.90 (terhad sehingga 20 Jun 2024).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY