Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera

Apple Watch Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera

Diterbitkan Jun 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Gergasi pengeluar yang berpengkalan di Cupertino dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meletakkan ciri kamera pada jam tangan pintar mereka, Apple Watch.

Ini adalah berdasarkan gambarajah paten yang memperlihatkan “sensor optikal” diletakkan pada bahagian tali peranti pintarĀ  tersebut.

Apple Watch Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera
Via | Apple Insider

Paten ini agak menarik kerana kebiasaanya sensor akan diletakkan pada bahagian jam tangan itu sendiri dan bukannya pada tali. Imej menunjukkan bahawa ia tali tersebut boleh ditarik keatas untuk membuat rakaman objek dihadapan atau boleh dililit semula pada pergelangan tangan untuk rakaman selfie.

Apple Watch Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera
Via | Apple Insider

Difahamkan, cara rakaman gambar dibuat adalah dengan “mencubit” peranti tersebut atau menerusi arahan suara.

Sensor kamera pada tali mungkin lebih praktikal berbanding lensa pada jam tangan pintar itu sendiri seperti Nubia Watch yang mana ia agak mengehadkan posisi untuk membuat rakaman.

Apple Watch Mungkin Akan Dilengkapi Dengan Kamera
imej | The Verge

Walaupunbegitu, ia hanyalah rekaan yang dipatenkan dan masih belum dapat diketahui sama ada ia akan dikomersialkan ataupun tidak.

Sumber: Apple Insider

Sumber foto utama: Inverse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY