Peranti tersebut telah dikembalikan kepada pemiliknya semula.
Seorang lelaki bernama Robert Bainter telah kehilangan peranti jam pintar Apple Watch nya ketika beliau sedang melakukan aktiviti luncur air berhampiran pantai Huntington Beach, California.
Sebaik saja beliau menyedari jam pintar miliknya hilang, dia telah cuba menjejaki peranti tersebut menggunakan ciri Find My iPhone.
Beliau tidak berhenti berusaha mencari peranti tersebut apabila setiap kali datang ke pantai itu. Walaubagaimanapun usahanya itu gagal.
Tetapi, 6 bulan selepas itu, beliau telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Orang yang menelefonnya itu berkata,
"...hey if your name is Rob Bainter and you lost an Apple Watch recently. Give me a call and if you can describe this I’ll give this thing to you."
Lelaki yang menemui Apple Watch miliknya itu telah menemui peranti tersebut 3 batu ke utara jaraknya dari lokasi sebenar ia hilang.
Lebih mengagumkan, peranti tersebut masih berfungsi serta segala data-data yang ada di dalam peranti tersebut masih tersimpan dengan baik.
Apple ada menyatakan bahawa Apple Watch sesuai dan mampu digunakan untuk aktiviti ringan di dalam air seperti renang di dalam kolam dan laut.
Walaubagaimanapun, ia tidak patut digunakan untuk aktiviti selam skuba, luncur air atau aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan selaman air yang dalam.
Sumber: KTLA 5
Berkaitan
- Apple Membelanjakan Lebih Daripada USD4.7 Bilion Dalam Usaha Memelihara Bumi
- Kemas Kini Khas Untuk iPhone 12, Apple Tegaskan Ia Selamat Diguna Di Seluruh Dunia
- Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini
- Jam Simbol 'LGBT' Dirampas Penguat Kuasa Malaysia, Swatch Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
- Apple Diberikan Hak Ke Atas Paten Peranti Elektronik Boleh Lipat
- Apple Kembali Di Puncak, Atasi Xiaomi Dan Pesaing Lain
- Consumer Reports Memilih Fon Telinga Samsung Galaxy Buds Berbanding Apple Airpods Pro
- Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Satelit Mereka Sendiri
- Apple Tamatkan Keupayaan Peranti Pihak Ketiga 'Shut Down' iPhone
- Diskaun Sehingga 50% Ganti Bateri Dan Skrin iPhone, Berpeluang Dapat Pengecas Asli Apple Dari Machines