Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Membelanjakan Lebih Daripada USD4.7 Bilion Dalam Usaha Memelihara Bumi

Apple Membelanjakan Lebih Daripada USD4.7 Bilion Dalam Usaha Memelihara Bumi

Diterbitkan April 22, 2021 oleh ariff bukhari

Apple hari ini meraikan Hari Bumi 2021 dengan berkongsikan pelbagai kandungan diplatfom mereka tentang isu-isu alam sekitar kepada para penggunanya di seluruh dunia.

Dikesempatan itu juga, Apple memaklumkan bahawa mereka telah memainkan peranan dalam bersama memelihara alam sekitar menerusi penghasilan produk-produk mereka yang lebih mesra alam.

Apple juga bekerjasama dengan pelbagai organisasi termasuklah dalam sektor pembuatan, pendidikan dan komuniti awam dalam memberikan kesedaran tentang peri pentingnya pemuliharaan alam sekitar.

Apple menyatakan bahawa kini lebih daripada 110 rakan pengilang mereka telah beralih kepada 100% berasaskan sumber tenaga baru bagi penghasilan produk-produk Apple.

Apple juga menyatakan secara komited telah membelanjakan lebih daripada USD4.7 bilion bagi projek hijau mereka iaitu Green Bond dalam usaha membantu komuniti mengurangkan pengeluaran karbon dan menyokong pembangunan teknologi tenaga baru.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY