Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Ditemui Masih Berfungsi Selepas Hilang 6 Bulan Di Laut

Apple Watch Ditemui Masih Berfungsi Selepas Hilang 6 Bulan Di Laut

Diterbitkan April 27, 2019 · Dikemas kini April 28, 2019 oleh ariff bukhari

Peranti tersebut telah dikembalikan kepada pemiliknya semula.

Seorang lelaki bernama Robert Bainter telah kehilangan peranti jam pintar Apple Watch nya ketika beliau sedang melakukan aktiviti luncur air berhampiran pantai Huntington Beach, California.

Sebaik saja beliau menyedari jam pintar miliknya hilang, dia telah cuba menjejaki peranti tersebut menggunakan ciri Find My iPhone.

Beliau tidak berhenti berusaha mencari peranti tersebut apabila setiap kali datang ke pantai itu. Walaubagaimanapun usahanya itu gagal.

Tetapi, 6 bulan selepas itu, beliau  telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Orang yang menelefonnya itu berkata,

“…hey if your name is Rob Bainter and you lost an Apple Watch recently. Give me a call and if you can describe this I’ll give this thing to you.”

Lelaki yang menemui Apple Watch miliknya itu telah menemui peranti tersebut 3 batu ke utara jaraknya dari lokasi sebenar ia hilang.

Lebih mengagumkan, peranti tersebut masih berfungsi serta segala data-data yang ada di dalam peranti tersebut masih tersimpan dengan baik.

Apple ada menyatakan bahawa Apple Watch sesuai dan mampu digunakan untuk aktiviti ringan di dalam air seperti renang di dalam kolam dan laut.

Walaubagaimanapun, ia tidak patut digunakan untuk aktiviti selam skuba, luncur air atau aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan selaman air yang dalam.

Sumber: KTLA 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY