Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Umum Pembatalan Projek Apple AirPower, Dakwa Ia Gagal Capai Kualiti Dimahukan

Apple Umum Pembatalan Projek Apple AirPower, Dakwa Ia Gagal Capai Kualiti Dimahukan

Diterbitkan Mac 30, 2019 oleh Haikel Areff

Pada tahun 2017, Apple pernah memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar AirPower yang mampu mengecas lebih dari satu peranti dalam satu masa.

Namun, sehingga kini ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi malah tidak akan dilancarkan sama sekali. Ini kerana Apple akhirnya mengumumkan mereka telah membatalkan projek AirPower ini semalam.

Menurut Apple, usaha membangunkannya terpaksa dihentikan kerana ia tidak akan mampu mencapai standard dan piawaian kualiti yang ditetapkan mereka.

Apple Umum Pembatalan Projek Apple AirPower, Dakwa Ia Gagal Capai Kualiti Dimahukan
Konsep AirPower/Apple

Mereka juga memohon maaf kepada pelanggan yang menantikan pelancaran peranti ini namun menjelaskan mereka akan terus komited dalam membangunkan teknologi tanpa wayar di masa akan datang.

Antara masalah yang dihadapi AirPower ialah ia dikatakan terlampau panas akibat daripada rekaan multi-gegelung yang diperlukan untuk peranti berkenaan berfungsi selain beberapa masalah lain.

Perkara itu didedahkan oleh seorang blogger yang rapat dengan Apple iaitu John Gruber. Menurut beliau lagi, beberapa jurutera di Apple juga menyatakan bahawa produk AirPower ini “tidak akan berjaya”.

 

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY