Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Scary fast

Apple Umum Acara Khas Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini mengumumkan acara yang mungkin terakhir untuk tahun ini, akan diadakan secara dalam talian pada 31 Oktober 2023, jam 8.00 pagi MYT.

Berkaitan

  • Apple Sedang Uji Cip M3 Pada MacBook, iMac Dan Mac Mini
  • Cara Aktifkan Ciri 'Split View' Pada macOS Ventura Dan Terbaru

Acara pada waktu itu adalah di luar kebiasaan, yang mana Apple biasanya akan mengadakan acara pelancaran pada jam 1.00 pagi MYT.

Apple event Scary fast_

Di laman rasmi Apple Event, ia turut menampilkan logo dengan latar belakang hitam, yang kemudiannya berubah menjadi ikon Mac Finder. Sekali gus, mengesahkan acara itu nanti akan memfokuskan kepada pengenalan barisan produk Mac.

scary fast apple

Sementara itu, tagline “Scary fast” mungkin memberikan bayangan Apple akan memperkenal cip M3 pada acara tersebut.

Namun, sejauh mana ‘scary fast’ barisan produk itu, nantikan acara khas yang akan berlangsung jam 8.00 pagi, 31 Oktober 2023. Penstriman langsung boleh ditonton melalui laman rasmi Apple, YouTube atau aplikasi Apple TV.

  • Beli produk Apple di Shopee: https://invl.io/clk4bu3
  • Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clk4bu8

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) Pemilik EV Di China Dakwa Fungsi Parkir Automatik Diaktifkan 868 Kali Dalam Satu Malam
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
©2026 WISER.MY