Apple Perkenal Clips - Aplikasi Menarik Untuk Edit Video

Apple telah memperkenalkan satu aplikasi menarik untuk pengguna iPhone dan iPad.

Aplikasi yang diberi nama Clips itu membolehkan pengguna menghasilkan video dengan cara yang pantas dan menarik.

Clip menggabungkan rakaman video dengan foto serta berlatar belakangkan muzik kegemaran anda.

Video yang dihasilkan boleh dikongsikan pada semua platform media sosial seperti sistem mesej, Instagram, Facebook, Twitter dan banyak lagi aplikasi media sosial lain.

Pelbagai pelekat dan animasi menarik boleh diletakkan pada video tersebut dengan hanya alatan edit yang ringkas dan mudah digunakan.

apple-clips-ipad

Pelbagai pilihan lagu boleh diletakkan sebagai muzik latar yang mana ia akan dilaraskan secara automatik mengikut durasi video.

Terdapat fungsi Live Titles iaitu kapsyen animasi, digunakan dengan hanya arahan suara.

Clips boleh mula dimuat turun di App Store pada April ini, dan sesuai digunakan pada iPhone 5s dan keatas. Peranti mestilah beroperasi menggunakan iOS 10.3.

Sumber: Apple