Pastinya ramai pengguna iPhone yang tidak bersetuju dengan tindakan Apple ini.
Menurut portal MacRumors, mereka mengesahkan bahawa pihak Apple akan membuang ciri yang dikenali sebagai 3D Touch pada peranti iPhone.
Ciri tersebut dikatakan akan dibuang bermula dari model iPhone terbaru (iPhone 11, 2019) yang dijangka akan diperkenalkan dalam bulan September tahun ini.
Sumber info ini didakwa diterima daripada pihak pembekal Apple bagi peranti iPhone dari Asia.
Jika maklumat ini benar seperti apa yang didakwa, ia pastinya tidak digemari oleh pengguna iPhone yang banyak bergantung kepada ciri 3D Touch tersebut.
3D Touch merupakan ciri mengesan sensitiviti tekanan jari pengguna pada skrin peranti yang membolehkan ia menjalankan sesuatu arahan berdasarkan kekuatan tekanan jari pengguna.

Sebagai contoh, pengguna iPhone boleh melihat kandungan e-mel tanpa mereka perlu membukanya dari dalam aplikasi.
Ia adalah satu ciri eksklusif yang hanya dimiliki iPhone. Teknologi tersebut mula diperkenalkan Apple pada tahun 2015 pada peranti iPhone 6s dan 6s Plus.
Sebab mengapa ciri itu dibuang dari iPhone nanti dikatakan ada kaitan dengan penjimatan kos serta mungkin bagi menambahkan ruang untuk perkakasan lain pada iPhone terbaru nanti.
Perkakasan Taptic Engine yang mengawal ciri 3D Touch iPhone serta mahal harganya itu yang akan dibuang dari iPhone dikatakan akan dapat menjimatkan kos iPhone sekaligus meningkatkan keuntungan bagi Apple.

Manakala ruang yang ada itu pula mungkin akan digantikan bagi memasukkan kapasiti bateri yang lebih besar ke dalam peranti tersebut.
Jadi para pengguna iPhone, apa pandangan anda? Adakah ciri 3D Touch begitu penting kepada iPhone anda?
Berkaitan
- iPhone Lebih Bernilai Berbanding Telefon Pintar Android - Kajian
- Kemas Kini Windows 11 Terbaru Perkenalkan Lebih 14 Ciri Baru
- Apple Didakwa Memperlahankan Prestasi iPhone Menerusi Kemas Kini 14.5.1
- Hati-Hati Dengan Sumber Windows 11 Kerana Ada Yang Mengandungi Perisian Hasad
- Ciri Terbaru iOS 13 Ini Akan Dapat Mengelakkan Bateri iPhone Anda Daripada Cepat Rosak
- Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019
- Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama
- Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11
- Hanya Model iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max Sahaja Disertakan Bersama Pengecas Pantas 18W
- iPhone 13 Pro Max “Ultra” Ini Ada Semua Yang Anda Perlukan