Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-12T111712.634

ARM Umum Teknologi ‘Upgrade’ Resolusi Untuk Permainan Telefon Pintar

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan maklumat terkini, ARM (Advanced RISC Machine) telah memperkenalkan inisiatif terbaru mereka dalam memberikan kepuasan untuk para pemain permainan mudah alih melalui teknologi ARM ASR (Accuracy Super Resolution).

Sebagai pengenalan, teknologi ASR ini dibina berasaskan teknologi AMD FSR2 yang dioptimumkan khas untuk kegunaan peranti mudah alih yang memfokuskan kepada peningkatan resolusi dengan penggunaan kuasa pemprosesan yang sedikit.

ARM Umum Teknologi ‘Upgrade’ Resolusi Untuk Permainan Telefon Pintar

Tambahan lagi, ARM menekankan yang teknologi ini akan boleh diakses secara percuma tanpa sebarang pembayaran lesen penggunaan.

ARM Umum Teknologi ‘Upgrade’ Resolusi Untuk Permainan Telefon Pintar

Setelah dilakukan beberapa ujian dengan peranti yang menyokong GPU Immortalis-G720 dan resolusi skrin 2800 x 1260, ARM ASR ini mencatatkan bacaan sebanyak 53 peratus peningkatan untuk laju bingkai mengalahkan FSR2 yang hanya 36 peratus.

Tidak berakhir di situ, ARM juga mengetengahkan yang teknologi ASR ini bakal memberi kesan positif juga kepada beberapa peranti Microsoft Copilot+ PC yang kini menggunakan Auto SR dengan sokongan AI.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Ulasan ASUS Vivobook S16 OLED (M5606) - Skrin Dah 'Power', Tapi Prestasi Windows 11 Pula Mengganggu
  • Ubisoft Minta Maaf Sebab Guna Seni Jepun Tanpa Kebenaran
  • Free Fire × NARUTO SHIPPUDEN Akan Hadir Awal Tahun 2025
  • Samsung Akan Pertingkat Bixby Dengan Teknologi GenAI Tahun Ini

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY