Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Menghentikan Aplikasi VPN Untuk App Store China

Apple Menghentikan Aplikasi VPN Untuk App Store China

Diterbitkan Julai 31, 2017 · Dikemas kini Julai 31, 2017 oleh Haikel Areff

Apple telah membuang servis rangkaian peribadi virtual (VPN) daripada App Store China. Syarikat pembekal servis VPN masing-masing menerima berita dari Apple pada 29 July yang mengatakan aplikasi mereka telah dibuang dari App Store China yang membenarkan akses kepada isi kandungan haram di mata kerajaan China.

Apple Menghentikan Aplikasi VPN Untuk App Store China

VPN adalah satu servis yang membenarkan pengguna di China melayari internet tanpa sekatan. Ianya juga membenarkan penggunaan internet secara privasi dengan menyembunyikan pencarian yang dilakukan di internet.

Menurut data yang dibekalkan oleh GreatFire.org, syarikat bertanggungjawab memantau aktiviti penapisan di China, menunjukkan 167 daripada 1000 laman web popular di sekat di China, termasuklah YouTube, Facebook, Twitter, Google dan Instagram.

Screen Shot 2017-07-31 at 3.38.43 PM

Syarikat pembekal servis seperti Golden Frog (VyprVPN) berkata dalam blog mereka, tindakan penarikan servis mereka di App Store adalah sesuatu yang agak mengecewakan kerana pihak Apple menyebelahi kerajaan China dalam menghalang hak kebebasan pengguna.

“Awal tahun ini, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mengumumkan bahawa semua pemaju yang menawarkan VPN mesti mendapatkan lesen daripada kerajaan,” kata jurucakap Apple kepada CNBC.

“Kami telah diminta untuk mengeluarkan beberapa aplikasi VPN di China daripada App Store yang tidak memenuhi peraturan baru. Aplikasi ini boleh didapati di semua pasaran lain seperti biasa” Tambahnya lagi.

Sumber: CNBC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY