Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa

Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa

Diterbitkan Mac 20, 2019 oleh ariff bukhari

iMac kini lebih berkuasa dengan cip Intel generasi ke-9. Konfigurasi maksimum perkakasan iMac Pro kini boleh menjadikan harganya mencecah RM70,000.

Jika semalam Apple telah mengumumkan model terbaru iPad Air dan iPad mini 2019, hari ini pula Apple mengumumkan mereka telah menaik taraf perkakasan komputer meja mereka iaitu iMac 4K 21.5″ dan iMac 5K 27″.

Model iMac 21.5″ kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Quad Core dan Intel 6 Core generasi ke-8. Manakala bagi model iMac 27″ pula, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel 6 Core dan 8 Core generasi ke-8 dan 9.

Selain itu, Apple kini turut memberikan pilihan kepada pembeli untuk menaik taraf kuasa grafik model iMac 4K 21.5″ dengan cip grafik Radeon Pro Vega 20.

Menurut Apple kuasa grafik dari Radeon Pro Vega 20 meningkatkan prestasi grafik iMac 4K 21.5″ sehingga 80%.

Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa
Kuasa grafik iMac 5K kini 50% lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Kredit imej: Apple

Bagi model iMac 5K 27″ pula, pembeli kini boleh menaik taraf kuasa grafiknya dengan cip grafik Radeon Pro Vega 48.

Walaubagaimanapun, pilihan menaik taraf kad grafik tersebut hanya ditawarkan bagi model iMac 4K 21.5″ yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 dan ke atas serta model iMac 5K 27″ dengan cip Intel generasi ke-9 sahaja.

Model terbaru kedua-dua iMac tersebut kini sudah pun ditawarkan di laman rasmi Apple Malaysia.

Harga iMac 4K 21.5″ terbaru ini berharga dari RM5599.00. Manakala harga iMac 5K 27″ pula bermula dari RM7699.00.

Info lanjut tentang model terbaru iMac tersebut boleh didapati di laman rasmi Apple Malaysia.

Tidak dilupakan juga iMac Pro

Selain menaik taraf 2 iMac tersebut, Apple juga secara diam-diam memberikan pilihan terbaru kepada pembeli untuk menaik taraf perkakasan iMac Pro.

Hanya pembelian menerusi laman rasmi Apple, iMac Pro kini menawarkan pilihan untuk pembeli menaik taraf RAM dan kuasa grafiknya kepada perkakasan yang lebih berkuasa.

Kini iMac Pro boleh dikonfigurasikan kepada cip grafik paling berkuasa, Radeon Pro Vega 64X dengan memori 16GB HBM2. Juga penambahan kapasiti RAM di mana RAM iMac Pro kini boleh dikonfigurasikan sehingga 256GB (2666MHz DDR4 ECC).

Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa
Harga iMac Pro bermula dari RM20,855.00. Kalau dulu, konfigurasi tertinggi iMac Pro boleh menjadikan harganya mencecah hampir RM61,000.00. Tetapi dengan tawaran perkakasan baru, harga iMac Pro kini boleh mencecah hampir RM70,000!.

Info lanjut tentang iMac Pro, sila layari laman rasmi Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY