Apple hari ini mengeluarkan iOS 27.2.1 (24B156) untuk iPhone, yang membawa pembaikan pepijat dan tampalan keselamatan.
Menurut Apple, kemas kini ini membaiki beberapa kelemahan keselamatan pada Messages, AirPlay, Bluetooth dan CoreUtils. Pada iMessage, penyerang dari jauh berpotensi menyertai sembang kumpulan tanpa kebenaran dan menerima mesej di dalamnya.
Apple turut membaiki kelemahan Bluetooth yang membolehkan penyerang berhampiran merosakkan memori proses. Isu pada CoreUtils pula berpontensi membolehkan peranti Bluetooth berniat jahat dipasangkan tanpa interaksi pengguna, manakala kelemahan AirPlay membolehkan penyerang memintas had percubaan kod sambungan.
Setakat ini, Apple tidak melaporkan sebarang serangan yang mengeksploitasi kelemahan tersebut. Namun, memandangkan butiran teknikal mengenai kerentanan berkenaan kini telah didedahkan, pengguna disarankan memasang kemas kini ini bagi memastikan peranti dilengkapi dengan perlindungan keselamatan terkini.
Untuk memasang iOS 27.2.1, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now. Bagi pengguna peranti yang tidak menjalankan iOS 27, Apple turut menyediakan kemas kini iOS 26.7.3 dan iOS 18.7.12.



