Apple Inc. Dapatkan Pembekal Kedua Skrin Paparan LED Selain Samsung

Apple Inc. dikatakan sedang mendapatkan pembekal kedua komponen skrin paparan LED untuk iPhone mereka, mengurangkan kebergantungan terhadap Samsung Electronics. Sebelum ini, iPhone X menggunakan panel AMOLED daripada Samsung Electronics Co.

Langkah tersebut penting bagi mengurangkan kos peranti di samping tidak hanya bergantung kepada Samsung Electronics Co. bagi membekalkan salah satu komponen penting untuk iPhone akan datang.



Antara calon yang disebut adalah LG Display yang juga pesaing terdekat bagi Samsung Electronics Co. dalam pasaran panel LED. iPhone X merupakan peranti iPhone termahal setakat ini dengan harga jualan bermula dengan $1000 (RM 4,000).



LG juga boleh mendapat manfaat dari kontrak dari Apple ini kerana divisyen telefon pintar mereka mengalami kesukaran untuk bersaing dengan jenama-jenama besar lain. Panel AMOLED untuk telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung Electronics dianggap terbaik setakat ini memandangkan isu burn-in oleh panel OLED yang dihasilkan LG telah membelenggu peranti Pixel 2 sebelum ini.



Apple Inc. sedang mempersiapkan diri untuk memperkenalkan sehingga 3 peranti iPhone pada akhir tahun ini dan 2 daripadanya menggunakan panel dari jenis OLED.