Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Dilaporkan Hanya Mempunyai Kurang Dari 1% Pegangan Di Dalam Pasaran China

LG Dilaporkan Hanya Mempunyai Kurang Dari 1% Pegangan Di Dalam Pasaran China

Diterbitkan Mac 15, 2017 ยท Dikemas kini Mac 16, 2017 oleh Wiser MY

China-Dengan pasaran telefon pintar terbesar di dunia akan dipotong dari senarai operasi LG. Ini disebabkan penurunan penguasaan LG di dalam pasaran China dan mereka membuat keputusan untuk tidak memasarkan telefon pintar terbaru mereka, LG G6. Dengan menjadi syarikat pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di Amerika Syarikat, negara tembok besar telah menunjukkan permintaan yang kurang terhadap pengeluar dari Korea Selatan itu.

Mengikut laporan di dalam Digitimes, keputusan LG tidak memasarkan G6 di China menandakan syarikat itu untuk keluar dari negara itu. Berdasarkan laporan Strategy Analytics, LG hanya mempunyai kurang dari 0.1 peratus penguasaan pasaran di China pada tahun 2016. Lebih memburukkan keadaan, negara China sendiri tepu dengan pasaran telefon pintar mereka. Pada tahun 2016 sahaja, pertumbuhan telefon pintar domestik naik dalam 2 peratus. LG berhasrat mengalih perhatian mereka kepada pasaran-pasaran besar mereka yang lain seperti Korea, Amerika Syarikat dan Eropah.

Antara sebab mengapa LG mempunyai rekod buruk di China ialah populariti syarikat-syarikat tempatan China seperti OPPO dan Vivo. Syarikat tempatan ini bukan sahaja menguasai pasaran mereka tetapi mempunyai asas yang kuat di dalam perkembangan ekonomi termasuk di India dimana fokus mereka ialah telefon pintar yang berpatutan dan bergaya. Jenama antarabangsa lain yang masih mempunyai prestasi yang baik ialah Apple dan Samsung, hanya disebabkan nilai tinggi produk mereka.

Peranti tahun lepas, G5 mempunyai rekod buruk di pasaran dunia dan tahun ini LG berhati-hati dalam mengambil keputusan mereka. LG G6 dianggap antara telefon pintar yang terbaik yang berada di pasaran ketika ini berbanding peranti mereka yang terdahulu.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY