Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri

Masalah Bekalan Siri iPhone 14 Tak Cukup Kini Selesai

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Siri iPhone 14 menunjukkan penurunan dalam tahap pengeluarannya selepas beberapa isu yang perlu dihadapi.

Walau bagaimanapun, pengeluarannya yang terkini akhirnya dapat memenuhi permintaan di pasaran global.

apple iPhone 14 ProApple terpaksa menghadapi beberapa cabaran sepanjang suku akhir 2022. Antara cabarannya adalah termasuk perintah berkurung di Zhengzhou, China dan rusuhan oleh pekerja-pekerja di sana.

Isu-isu ini mengambil masa berminggu-minggu untuk kilang Foxconn beroperasi seperti sediakala.

Dan kini, bekalan untuk siri iPhone 14 telah menunjukkan peningkatan dan mampu dihantar ke beberapa kawasan kurang daripada seminggu.

Tempoh penghantaran bagi keempat-empat model iPhone 14 telah mencecah kepada empat hari sahaja.

Kesemua model peranti ini telah tersedia di Apple Store di AS manakala untuk penghantaran pula akan mengambil masa selama 5 hari.

Ketersediaan siri peranti ini di China hanya mengambil masa 3 hari. Bagi kawasan Eropah pula, tempoh penghantaran sama seperti di China namun hanya beberapa model sahaja yang tersedia di Apple Store.

iPhone lead times by date. Image source: J.P. Morgan
Sumber: AppleInsider

Ini merupakan berita baik untuk Apple namun syarikat ini masih lagi mengharapkan sepenuhnya pada kilang pengeluaran di Zhengzhou.

Kilang Foxconn merupakan satu-satunya fasiliti yang menghasilkan model iPhone model Pro.

Model iPhone 14 yang biasa sudah mula dihasilkan di India dan hanya berada di tahap 5% sahaja. Apple sedang berusaha untuk menaikkan kapasiti tersebut kepada 25% sebelum 2025.

Sumber: AppleInsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Serupa iPhone 14 Pro, Telefon Ini Dilancarkan Dengan Ciri Dynamic Island
  • Masalah Skrin Pada iPhone 14 Pro Akan Diselesaikan Melalui Kemas Kini iOS
  • Pengguna Berterusan Lapor Sejumlah Pepijat Pada iOS 16
  • Apple Dijangka Umum Produk Baharu Seawal Esok
  • iPhone 'Made in India' Dijangka Meningkat Menjelang Tahun 2027

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY