Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Diumumkan Sebagai “Creative Marketer Of The Year” Oleh Cannes Lions

Apple Diumumkan Sebagai “Creative Marketer Of The Year” Oleh Cannes Lions

Diterbitkan Mei 23, 2019 · Dikemas kini Mei 24, 2019 oleh ariff bukhari

Ia merupakan kali pertama Apple menerima anugerah seumpamanya.

Apple Inc. telah dinobatkan sebagai “Creative Marketer of the Year” bagi tahun ini oleh Cannes Lions sebagai penghormatan terhadap inisiatif pemasaran dan komunikasi kreatif bertaraf dunia yang disampaikan Apple kepada pengguna.

Pihak Cannes Lions menyatakan, Apple Inc. amat layak menerima anugerah kreatif ini yang secara konsisten telah mempamerkan kecemerlangan kreatif dalam bidang pemasaran dan komunikasi.

Malah, mereka juga menyatakan bahawa Apple Inc. telah mewujudkan satu budaya strategi pemasaran dengan menjadikan pelanggan mereka sebagai duta sebenar untuk jenama Apple.

Pihak Apple menerusi Naib Presiden Komunikasi Pemasaran, Toy Myhren berkata,

“We are humbled to receive this prestigious award. Apple Inc. has always believed creative, passionate people can change the world for the better.“
Anugerah “Creative Marketer of the Year” mula diperkenalkan pada tahun 1992. Antara penerima yang pernah dianugerahkan dengan pencapaian tersebut adalah seperti Google, Burger King, Samsung, McDonald’s, Coca-Cola, Mars, IKEA dan Unilever.
Apple Inc. dijangka akan diwakili oleh Toy Myhren, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran Apple yang akan hadir bagi menerima penyampaian anugerah tersebut di acara akhir festival anugerah itu yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 21 Jun nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY