Apple dikhabarkan sedang membangunkan teknologi paparan 90Hz untuk beberapa produknya, termasuk iPad Air, iMac 24-inci, dan Studio Display.
Menurut sumber tanpa nama yang berkongsi maklumat ini di podcast Upgrade oleh Myke Hurley dan Jason Snell, paparan baharu ini dijangka meningkatkan pengalaman visual pada peranti-peranti tersebut yang sekarang hanya menyokong kadar segar semula 60Hz.
Sumber tersebut mendakwa Apple akan memperkenalkan panel LCD 90Hz pertama kali pada iPad Air generasi M3, yang dijangka tiba awal 2025. Paparan baharu ini, yang disebut sebagai ‘liquid motion panel’, akan meningkatkan kelancaran animasi dan peralihan di skrin. Selepas itu, teknologi ini dijangka diperluaskan ke iMac 24-inci dan Studio Display generasi akan datang.
Pakar industri Ross Young sebelum ini juga pernah melaporkan bahawa barisan iPhone 17 bakal hadir dengan paparan ProMotion 120Hz, tetapi ini adalah kali pertama Apple dikaitkan dengan teknologi paparan 90Hz untuk peranti selain iPhone dan iPad Pro.
Jika dilihat, Apple sepatutnya sudah bersedia untuk melancarkan peranti dengan kadar segar semula sekurang-kurangnya 90Hz. Ini kerana 60Hz sudah tidak relevan pada peranti masa kini.
{suggest}
Sumber: 9To5Mac