Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone iOS 17.1.1

Apple Dilapor Batalkan Pembaikan Skrin iPhone Percuma Dalam Polisi Jaminan Baharu

Diterbitkan Jun 10, 2024 · Dikemas kini Jun 10, 2024 oleh ariff bukhari

Pembeli iPhone 16 Pro Max nampaknya perlu menjaga skrin peranti mereka itu nanti dengan lebih teliti kerana Apple dilaporkan tidak akan membaikinya secara percuma lagi.

Menurut laporan oleh 9To5Mac itu, peraturan jaminan baharu telah diedarkan kepada Apple Stores dan kedai pembaikan yang dibenarkan minggu lalu dengan mengatakan bahawa jaminan standard Apple tidak lagi meliputi isu keretakan skrin yang dikenali sebagai “single hairline cracks”.

single hairline cracks

Peraturan baharu itu juga terpakai ke atas model Apple Watches dan iPhone pada masa hadapan.

Jadi, Apple (atau sesiapa sahaja yang membaiki peranti dengan kebenaran Apple) akan memproses tuntutan ini sebagai kerosakan yang tidak disengajakan.

Bermakna pemilik iPhone dan Apple Watch perlu membayar untuk membetulkan paparan retak tersebut.

Walau bagaimanapun, 9to5Mac mengatakan bahawa pembaikan paparan percuma di bawah jaminan standard masih terpakai pada iPad dan komputer Macintosh, tapi masih bergantung pada faktor lain seperti kadar serius kerosakan dan apa yang menyebabkannya.

Adalah tidak jelas mengapa Apple telah menukar polisinya, tetapi syarikat itu hampir pasti mahu mendorong orang ramai untuk membayar pelan langganan insurans dalaman, AppleCare+.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • iPhone Dah Boleh Dapat 'Leica Looks' Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja

Sumber: 9To5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY