Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja

iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja

Diterbitkan Jun 7, 2024 ยท Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar kamera premium dan optik sukan terkenal, Leica Camera AG (Leica), membawakan rupa ikonik fotografi dari kamera mereka kepada telefon pintar dengan menawarkan aplikasi baharu yang dibangunkan khusus untuk iPhone.

Ia selepas Leica mengambil alih syarikat Norway, Fjorden Electra AS, pembangun aplikasi dan aksesori telefon pintar.

“Aplikasi kamera pertama kami yang dibangunkan bersama, ‘Leica LUX’ membawakan pengalaman Leica dan tandatangan visual yang tidak dapat disangkal kepada iPhone.” Matthias Harsch, CEO Leica Camera AG.

Leica berkata, Leica LUX membolehkan pengguna iPhone melibatkan diri dalam dunia fotografi dan kanta Leica dan mencipta Leica Looks yang ikonik dengan estetika fotografi di iPhone.

Leica Lux
Leica LUX, aplikasi foto Leica pertama yang dibangunkan untuk iPhone
iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja
Leica Lux
Leica Lux

Kami telah mencuba sendiri aplikasi Leica LUX ini dan ia sememangnya menawarkan pilihan filter yang lebih baik dari apa yang ada dalam aplikasi Camera iPhone.

Walau bagaimanapun, berlaku juga aplikasi ini tergantung (crash) sekali-sekala. Tapi ia memang dijangkakan kerana aplikasi ini masih sangat baharu.

Jadi, pepijat dalam aplikasi ini pastinya akan ada sebelum ia betul-betul sempurna pada versi akan datang.

iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja
iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja
iPhone Dah Boleh Dapat ‘Leica Looks’ Ikonik, Guna Aplikasi Ini Sahaja

Aplikasi Leica LUX (v1.0.2) ini sudah pun tersedia di App Store dan boleh digunakan secara percuma.

Tetapi, untuk anda mengakses ciri premium lain yang ditawar dalam aplikasi ini, anda perlu membayar langganan bulanan yang berharga RM29.90/bulan atau tahunan RM299.90/tahun.

Leica Lux

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Ciri 'Live Translate' Galaxy AI Akan Tersedia Untuk Aplikasi Lain

Sumber: Leica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY