Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro m1-2

Apple Dijangka Bersedia Tawar iPad Dengan Panel OLED

Diterbitkan Februari 9, 2022 oleh Amsyar Latif

The ElecĀ kini melaporkan yang mana Apple dijangka sudah bersedia untuk menawarkan iPad yang lengkap dengan panel OLED. Dikatakan, LG merupakan pembekal utama bagi paparan baharu untuk peranti Apple itu nanti.

Bagaimanapun, belum diketahui lagi model iPad mana yang akan menerimanya. Akan tetapi, kebiasaannya Apple akan memberikan pada model Pro. Cumanya, tidak pasti bilakah ia akan dilancarkan.

Buat masa sekarang, peranti Apple yang sudah menggunakan panel OLED hanyalah iPhone dan Apple Watch. Sementara iPad Pro 2021 dan MacBook Pro terbaharu pula dilengkapi teknologi mini LED.

Jika diikutkan, penggunaan mini LED pun sudah cukup baik. Ini kerana teknologi tersebut berkongsikan ciri-ciri hampir sama dengan OLED seperti warna hitam yang lebih hitam serta memaparkan warna lebih cantik.

Pun begitu, naik taraf paparan ini ada baiknya kerana tablet yang mempunyai skrin OLED masih belum banyak dijual di pasaran lagi.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Apple Mengumumkan Tap to Pay iPhone, Mungkin Dilancarkan Hujung Mac

  • Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini

  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY