Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook m2 no promotion

Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Faiz Munir

Apple pertama kali memperkenalkan penggunaan cip senibina ARM M1 yang terdapat pada Macbook Air dan Pro. Tahun ini, Apple dijangkakan akan memperkenalkan cip Apple Silicon terbaharu mereka iaitu M2.

Menurut beberapa laporan, Apple akan menggunakan cip M2 ini pada siri Macbook mampu milik terbaharu mereka iaitu Macbook Pro.

Namun Macbook Pro ini didakwa tidak akan mempunyai ciri paparan ProMotion untuk membezakannya dengan Macbook Pro yang dikuasakan dengan cip M1 Pro dan M1 Max.

Oleh itu, kemungkinan Macbook Pro M2 ini akan menggunakan skrin jenis LCD manakala Macbook Air M2 pula akan menggunakan skrin Mini LED yang mana kedua-duanya tidak menyokong kadar segar semula 120Hz.

Selain Macbook Pro, Apple akan menyegarkan semula peranti yang dikuasakan cip M1 kepada M2 termasuk Macbook Air, Mac Mini, iMac 24 inci dan iPad Pro.

Sumber: GizmoChina

Baca juga:

  • iPad Pro 2022 Mungkin Sokong Ciri MagSafe dan Gunakan Cip M2
  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan
  • Apple – ‘Sideloading’ Akan Memberi Risiko Buat Pengguna iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY