Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Diam-Diam Menaik Taraf Limitasi Kadar Cerahan Skrin Retina Macbook Air 2018

Apple Diam-Diam Menaik Taraf Limitasi Kadar Cerahan Skrin Retina Macbook Air 2018

Diterbitkan April 18, 2019 · Dikemas kini April 18, 2019 oleh ariff bukhari

Dari 300 nits kepada 400 nits.

Dalam kemaskini macOS Mojave 10.14.4, Apple secara diam-diam telah menaik taraf limitasi kadar cerahan skrin retina Macbook Air (MBA) 2018.

Ketika model MBA ini diperkenalkan pada Oktober 2018 yang lalu, Apple menyatakan kadar cerahan maksimum yang disokong oleh MBA tersebut adalah 300 nits.

Tetapi, selepas mereka melepaskan kemaskini macOS 10.1.4.4 pada 25 Mac lepas, skrin retina MBA kini menyokong kadar cerahan sehingga 400 nits.

macbook pro
Sekadar perbandingan. Kadar cerahan maksimum bagi skrin Retina Macbook Pro adalah 500 nits dan dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan lain. Berharga dari RM5932.00.

Perubahan spesifikasi tersebut pertama kali disedari oleh pengguna Reddit dan pihak Apple telah mengesahkannya kepada MacRumors.

Perubahan berkaitan ini tidak dinyatakan Apple di dalam log kemaskini macOS Mojave 10.14.4. Cuma Apple ada memberikan petunjuk berkaitan kemaskini tersebut.

Apple Diam-Diam Menaik Taraf Limitasi Kadar Cerahan Skrin Retina Macbook Air 2018

Walaupun kadar cerahan skrin retina MBA dipertingkatkan, Apple tidak pula mengubah di laman sesawang mereka berkenaan tempoh jangka masa bateri MBA mampu beroperasi.

MBA tersebut masih dinyatakan boleh beroperasi sehingga 12 jam sambil melayari internet.

Macbook Air 2018 berharga dari RM5249.00 yang dilengkapi dengan ciri Touch ID, rekaan baru yang lebih kecil, nipis dan ringan dari model sebelumnya.

Ia juga kini dilengkapi dengan 2x sambungan berkelajuan tinggi Thunderbolt 3 (USB-C) serta skrin Retina (2560×1600).

P/s: Nits adalah unit ukuran yang digunakan untuk mengukur kadar kecerahan paparan komputer seperti monitor CRT, LCD dan LED.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY