Ini sekaligus mempertingkat pelaburan syarikat tersebut di negara tanah besar itu.
Langkah ini mungkin diambil kerana penurunan ketara jualan produk keluaran mereka jika dibandingkan dengan pesaing tempatan seperti Huawei, OPPO, Xiaomi dan banyak lagi.
Pengumuman telah dibuat oleh CEO Apple sendiri, Tim Cook, dan beliau menamakan dua buah bandar di timur China sebagai lokasi fasiliti penyelidikan tersebut. Bandar tersebut adalah:
- Shanghai
- Suzhou
Sebelum ini, Apple telah pun bercadang untuk membangunkan dua hab penyelidikan di ibu negara, Beijing dan bandar di wilayah selatan, Shenzen.
Dengan penambahan ini, kira-kira 3.5 bilion Yuan akan dibelanjakan untuk melaksanakan 4 buah pusat penyelidikan tersebut.
Dijangka, pusat penyelidikan ini akan mula beroperasi lewat tahun ini.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Huawei Mate 20 Pro Diangkat Sebagai Telefon Terbaik Pada Acara MWC 2019
- Ciri Pembayaran Melalui WhatsApp Digantung Bank Pusat Brazil
- Uijan Jatuh: iPhone 8 Plus VS iPhone 7 Plus
- Ini Merupakan Harga Jualan Mi 9 Untuk Pasaran China
- AirAsia Akan Perkenal Teknologi Imbasan Wajah Untuk Sistem Daftar Masuk
- Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini
- Anda Boleh Beli Black Shark Carry Case Pada Harga RM129.90
- RM10 Juta Dibelanjakan Pengguna Pada Hari Pertama e-Tunai Rakyat Dimulakan
- Fortnite Mula Ditawarkan Untuk Semua Pengguna Android Tanpa Perlu Jemputan
- UFS 3.0 Diumumkan, Pemindahan Data Storan Dua Kali Ganda Lebih Laju