Selepas didesak, disiasat dan dinasihat, Apple akhirnya bersetuju...
Pada tahun lepas, Apple telah didapati dengan sengaja memperlahankan prestasi iPhone apabila setiap kali mereka melepaskan kemas kini terbaru bagi peranti iPhone.
Ia berikutan bateri iPhone yang semakin menurun keupayaannya dari tahun ke tahun yang menyebabkan Apple secara diam-diam telah memasukkan ciri memperlahankan prestasi peranti bagi membolehkan bateri peranti tersebut tahan lebih lama.
Walaubagaimanapun, ia tidak dipersetujui oleh pengguna mereka yang menyebabkan Apple berdepan dengan saman, disiasat dan perlu memberikan jawapan kepada beberapa kerajaan negara terhadap tindakan mereka itu.
Respon terhadap tindak balas pengguna, Apple telah menerangkan secara terperinci mengapa mereka berbuat demikian dan memasukkan ciri yang memaparkan status kesihatan bateri iPhone pengguna pada sistem iOS.
Kini selepas lebih setahun isu tersebut, Apple dilaporkan bersetuju memaklumkan pengguna mereka dengan jelas sekiranya kemaskini iOS yang dilepaskan itu akan memperlahankan prestasi iPhone pengguna.
Ia diumumkan oleh kerajaan United Kindom dalam laman sesawang rasmi mereka.
“Since the CMA raised its concerns, Apple had already started to be more up front with iPhone users, but today’s announcement locks the firm into formal commitments always to notify people when issuing a planned software update if it is expected to materially change the impact of performance management on their phones.”
This could help people improve the performance of their own handset after a planned software update by, for example, changing settings, adopting the low power mode or replacing the battery - rather than resorting to having their phone repaired or replaced. "
Apple dikatakan telah bersetuju akan mengikuti kehendak dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak CMA (Competition and Markets Authority) kerajaan U.K.
Tetapi sekiranya Apple didapati melanggar peraturan tersebut, CMA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menerusi mahkamah terhadap Apple.
Sumber: CNBC
Berkaitan
- Apple Diam-Diam Akui Kemas Kini iOS 14.7 Menyebabkan Masalah Pada Ciri Unlock Apple Watch Dari iPhone
- Pemilik iPhone Simpan Telefon Mereka Lebih Lama Berbanding Pemilik Android
- Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
- WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone
- Muncul Dakwaan Lukisan Skematik Dan Acuan Milik iPhone 12
- iPhone 11 Pro Dan 11 Pro Max Adalah Telefon Pintar Terbaik Ketika Ini, Tapi...
- Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max
- Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome
- DxOMark Akan Mendedahkan Keputusan Skor Kamera iPhone 11 Pro Max Pada 7 November Ini
- Ura-Ura Mengatakan Apple Akan Perkenalkan iPhone XE Pada Tahun Ini