Memetik laporan dari Ming Chi Kuo, penganalisis Sekuriti dari KGI, Apple bakal membawakan keupayaan 5G ke dalam peranti mereka tahun hadapan. Untuk tujuan berkenaan, ia bakal didokong oleh teknologi perkakasan dari dua syarikat pengeluar cip ternama, Qualcomm dan juga Intel.
Tetapi menurut Kuo, Intel dilihat sebagai pembekal majoriti untuk pengeluaran tahun 2018 dengan 70% hingga 80% dan selebihnya adalah dari Qualcomm. Hal ini mungkin disebabkan tuntutan undang-undang yang difailkan antara Qualcomm dan juga Apple sebelum ini.
Intel pertama kali memperkenalkan modem 5G mereka pada acara CES 2017 yang lalu beberapa pihak berpendapat keupayaan 5G akan hadir pada iPhone seawal 2018.
Sumber: Ubergizmo
Berkaitan
- Perbandingan Antara Iphone 7 Dengan Telefon Pintar Lain Di Pasaran.
- Apple Di Saman Lebih Dari 10,000 Pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Kerana Skrin Sesentuh Yang Tidak Responsif
- Switch Beri Diskaun Sebanyak RM650 Untuk iPhone 6S Plus 32GB
- #mycybersale 2018 Sedia Bermula 3 September
- Imej Yang Didakwa Sebagai Telefon Pintar Lipat Samsung W2018 Tertiris
- Apple Mengesahkan Model IPhone 7 Plus dan IPhone 7 Jet Black Sudah Habis Terjual Bagi Pasaran US
- NVIDIA Akan Tamatkan Sokongan Keatas Sistem 32-Bit Bermula 2018
- Bekas Pengguna Android Merupakan Penyumbang Kepada 15%-20% Penjualan iPhone
- Dua Tahun Lagi, Komputer Mac Mungkin Akan Guna Cip Pemprosesan Yang Sama Seperti iPhone Dan iPad
- Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018