Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara

Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara

Diterbitkan Jun 8, 2017 · Dikemas kini Jun 9, 2017 oleh Haikel Areff

Apple dilaporkan akan membawakan mesin servis skrin pecah iPhone yang digelar “Horizon Machine”, meliputi 400 pusat pembaikan di 25 buah negara menjelang hujung tahun ini.

Langkah yang diambil Apple ini adalah bertujuan untuk memastikan masa membaik pulih skrin retak iPhone disingkatkan.

Modus operandi memasang mesin ini telah dijalankan selama setahun dengan beberapa syarikat yang mengambil bahagian memasang mesin tersebut di kedai mereka. Antara nama besar adalah seperti Best Buy di Miami dan Sunnyvale di California.

Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara

Mengikut Apple, hanya mesin Horizon yang mampu memperbaiki kerosakan seperti teknologi 3D Touch dan butang Home.  Tetapi jika dilihat di Malaysia sekalipun, sudah banyak kedai membaik pulih yang sudah berkemampuan untuk memperbaiki skrin iPhone yang rosak.

Cuma mesin Horizon ini merupakan mesin ‘official’ yang dibawakan oleh Apple untuk memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pengguna iPhone.

Apple mendakwa akan membawakan mesin Horizon ini ke 200 cawangan Apple dan 4,800 kedai servis di seluruh dunia dalam bulan mendatang termasuklah di Colombia, Norway dan Korea Selatan, dimana negara yang disenaraikan ini tidak mempunyai cawangan Apple di negara mereka. Malaysia tak tahu lagi bila.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY