Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 8.1

Selepas Lebih 9 Tahun Berkhidmat, Kesemua 7 Edisi Windows 8.1 Ini Bakal Ditamatkan Tahun Depan

Diterbitkan November 22, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda antara pengguna sistem operasi Windows 8 khususnya versi Windows 8.1, sudah tiba masanya untuk anda mengucapkan selamat tinggal ke atas Windows tersebut.

Ini kerana Microsoft memaklumkan bahawa Windows 8.1 akan ditamatkan pada tahun hadapan. Secara tepatnya adalah pada 10 Januari 2023.

Ini bermakna versi Windows itu tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini dan ciri keselamatan selepas dari tarikh tersebut.

Berkaitan

  • 11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 11
  • Pengguna Kini Boleh Main Game Dalam Microsoft Teams
  • Dua Motosikal Elektrik Dilancarkan Di Malaysia

Berikut adalah edisi Windows 8.1 yang akan ditamatkan sokongannya pada tahun depan:-

  • Enterprise
  • Enterprise N
  • N
  • Pro with Media Center
  • Professional
  • Professional N
  • SL

Microsoft turut memaklumkan, perisian Microsoft 365 yang diguna di atas platform tersebut juga tidak akan menerima lagi sebarang ciri baharu dan kemas kini.

“Menggunakan Microsoft 365 pada sistem lama dan tidak disokong boleh menyebabkan isu prestasi dan kebolehpercayaan” Microsoft.

Microsoft mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada versi Windows terkini.

Windows 8.1 pertama kali ditawarkan kepada pengguna adalah pada 13 November 2013 dahulu.

Sumber: Microsoft Support, Microsoft Lifecycle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY