Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple 1, Komputer Keluaran Pertama Apple Telah Dijual Pada Harga Hampir RM2 Juta

Apple 1, Komputer Keluaran Pertama Apple Telah Dijual Pada Harga Hampir RM2 Juta

Diterbitkan Mei 29, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh ariff bukhari

Komputer tersebut masih berfungsi dengan baik.

Syarikat lelongan pelbagai barangan berharga Christie’s telah berjaya menjual sebuah komputer Apple 1 pada harga £371,000 atau lebih kurang RM1,969,926.00.

Komputer tersebut yang merupakan komputer peibadi keluaran pertama Apple itu masih boleh beroperasi dan didatangkan lengkap berserta dengan buku panduan manual asli dan perkakasan sokongan yang lain.

Apple 1 yang dijual ini juga lengkap dengan papan litar utama berlabel “Apple Computer 1 / Palo Alto. Ca. Copyright 1976,”.Berikut adalah deskripsi berkenaan Apple 1 tersebut:

“Housed in a briefcase (44.5 x 37 x 10cm.), the motherboard labelled ‘Apple Computer 1 Palo Alto Ca. Copyright 1976’ on obverse with four rows A-D, and columns 1-18, white ceramic MOS Technologies 6502 microprocessor, 8K bytes RAM in 16-pin 4K memory chips; modified cassette interface card; Datanetics keyboard supported on aluminium; green Preliminary BASIC Users manual.”

Apple 1, Komputer Keluaran Pertama Apple Telah Dijual Pada Harga Hampir RM2 Juta

Apple 1 adalah antara koleksi komputer Apple yang sangat jarang ditemui yang menjadi buruan para peminat komputer antik khususnya produk-produk keluaran Apple terdahulu.

Ia merupakan komputer pertama keluaran Apple separa pasang siap yang dibangun dan dipasang sendiri oleh Stephen Wozniak bersama Steve Jobs  digaraj rumah bapa Steve Job. Ia juga adalah merupakan komputer pertama yang dilengkapi dengan papan kekunci.

“EVERY COMPUTER BEFORE THE APPLE 1 HAD THAT FRONT PANEL OF SWITCHES AND LIGHTS. EVERY COMPUTER SINCE HAS HAD A KEYBOARD AND A SCREEN. THAT’S HOW HUGE MY IDEA TURNED OUT” —STEVE WOZNIAK.

Pada waktu ia mula dipasarkan pada April 1976 dahulu, harga jualan Apple 1 adalah berharga USD666.66. Sebelum ini model Apple 1 yang lain telah turut dilelong pada harga yang sangat tinggi.

Rekod tertinggi harga Apple 1 yang telah berjaya dilelong pada tahun 2014 lalu berharga USD905,00.00 yang telah dibeli oleh Henry Ford Museum. Sekaligus menjadikan Apple 1 sebagai komputer peribadi termahal di dunia yang pernah berjaya dijual sehingga kini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY