Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app my2022

Aplikasi Untuk Olimpik Beijing Tidak Selamat, Maklumat Peribadi Pengguna Bocor

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh Faiz Munir

Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan diadakan di Beijing pada 4 Februari hingga 20 Februari 2022, China ada menyediakan aplikasi sehenti untuk memantau pengunjung dan atlet ketika berada di China.

Aplikasi tersebut (My2022) sebenarnya adalah berfungsi untuk mencegah penularan Covid-19 dengan meminta pengguna untuk berkongsiĀ  sejarah perjalanan selama 14 sebelum memasuki China serta akan memberikan semua maklumat berkenaan dengan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Aplikasi Untuk Olimpik Beijing Tidak Selamat, Maklumat Peribadi Pengguna Bocor
Sumber: CitizenLab

Namun, CitizenLab (makmal penganalisis bebas, Kanada) melaporkan bahawa aplikasi ini tidak selamat kerana ia boleh membocorkan maklumat peribadi pengguna seperti nombor passport, demografi, maklumat kesihatan dan sebagainya.

Hal ini kerana, aplikasi ini boleh dipintas oleh pihak ketiga ketika berlaku pemindahan data dari pengguna ke pelayan (server). Walaupun mempunyai sijil SSL, pembangun dikatakan tidak menyertakan fungsi tersebut pada aplikasi mereka.

Aplikasi Untuk Olimpik Beijing Tidak Selamat, Maklumat Peribadi Pengguna Bocor
Sumber: CitizenLab

Dengan masalah data yang tidak disulitkan, ia memudahkan lagi pihak ketiga untuk melombong data ini untuk tujuan yang tidak baik. Pelayan yang terlibat dengan masalah ini adalah:

  • my2022.beijing2022.cn
  • tmail.beijing2022.cn
  • dongaoserver.beijing2022.cn
  • app.bcia.com.cn
  • health.customsapp.com

Tujuan China membina satu aplikasi sehenti untuk memantau pengguna ketika acara Sukan Olimpik ini memang betul, namun jika terdapat masalah begini ia akan menyukarkan lagi pemantauan kerana pengguna akan berasa was-was untuk menggunakan aplikasi ini.

Sumber: CitizenLab

Baca juga:

  • 69% Kandungan Tidak Sesuai Banyak Ditemui Di Platform Media Sosial
  • Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome
  • Syarikat Penerbangan Batalkan Penerbangan Ke AS Sebab 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY