Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengendali Laman Sesawang Korea Membayar Wang Ugutan Sebanyak RM 3.7 Juta

Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh ariff bukhari

Pasukan analisis keselamatan perisian komputer dari Korea Selatan, ASEC telah mendedahkan teknik penyamaran Ransomware Magniber yang digunakan oleh penjenayah siber bagi menyebarkan perisian hasad seterusnya menjangkiti komputer mangsanya.

ASEC menjelaskan, sebelum ini Ransomware Magniber hanya menyerang pengguna pelayar Internet Explorer (IE) dengan memanipulasi kelemahan pelayar tersebut.

Tetapi memandangkan pelayar IE kini semakin kurang digunakan, ASEC mengesahkan Ransomware Magniber kini menyasarkan pengguna pelayar Microsoft Edge dan Google Chrome pula.

Bagi mengaburi dan mengelirukan pengguna, Ransomware Magniber itu ditawarkan dalam bentuk fail kemas kini pelayar tersebut.

Contoh penawaran adalah seperti rajah diĀ  bawah yang berlaku pada pelayar Edge.

Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Di bawah pula adalah penawaran fail kemas kini untuk pelayar Chrome.

Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Fail penyamaran APPX itu turut mengandungi sijil sah bagi kemas kini untuk pelayar Chrome atau Edge yang menyebabkan sistem Windows membenarkan proses pemasangannya berjalan.

Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Apabila berjaya menjangkiti komputer mangsanya, Magniber mula menjalankan kod merbahaya dan mengunci fail komputer pengguna.

Kemudian ia akan memaparkan nota yang meminta mangsa membayar wang jika mereka mahu mendapatkan semual fail-fail tersebut.

Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Ekoran itu, penyelidik ASEC menasihatkan pengguna pelayar Microsoft Edge dan Google Chrome supaya lebih berhati-hati dan tidak melayari laman sesawang yang diragui.

Sumber: ASECĀ 

Baca juga: Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak

Penggodam Menggunakan Helah Terbaru Ini Bagi Menyebarkan Ransomware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY