Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
69% Kandungan Tidak Sesuai Banyak Ditemui Di Platform Media Sosial

69% Kandungan Tidak Sesuai Banyak Ditemui Di Platform Media Sosial

Diterbitkan Januari 19, 2022 · Dikemas kini Januari 19, 2022 oleh ariff bukhari

Sepanjang tahun 2021 lepas, Biro Aduan Forum Kandungan telah merekodkan aduan paling tinggi berkaitan kandungan internet dalam tempoh 5 tahun ini.

Pada tahun 2021 lalu, Biro Aduan Forum Kandungan telah menerima sebanyak 412 aduan berkaitan kandungan internet.

Jumlah itu adalah  jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bilangan Aduan Berkaitan Kandungan Internet

Biro tersebut turut memaklumkan mereka telah menerima sejumlah 600 aduan melalui Portal Aduan, e-mel dan surat mengenai pelbagai isu berkaitan kandungan yang merangkumi pengiklanan, penyiaran dan kandungan mudah alih.

Walaubagaimanapun daripada jumlah tersebut, sebanyak 69% aduan itu melibatkan kandungan yang tidak sesuai atau sensitif yang ditemui di dalam Internet, terutamanya di platform media sosial.

content forum

Platfom-platform tersebut termasuklah di YouTube, Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, Snapchat dan lain-lain.

Biro Aduan Forum Kandungan menyatakan, platform-platform itu mengandungi sejumlah besar kandungan yang tidak ditapis dan dikawal selia yang digunakan oleh para pengguna dari semua peringkat umur setiap hari. 

Sehubungan itu, pengguna media sosial digalakkan untuk mengamalkan kawalan kendiri dan amalan selamat semasa melayari Internet seperti memanfaatkan ciri-ciri yang sedia ada seperti kekunci ibu bapa, penapis, kekunci masa dan sekatan keselamatan sebagai langkah permulaan yang baik ke arah kawalan kendiri.

Sumber: Siaran Media Biro Aduan Forum Kandungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY