Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok mini game

Aplikasi TikTok Bakal Hadir Dengan Permainan Mini

Diterbitkan Ogos 1, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 1, 2022 oleh Amalina Athman

TikTok dilapor telah melancar ujian awal bagi sejumlah permainan mini dalam aplikasi. Permainan tersebut boleh dimainkan secara terus dalam aplikasi video sosial berkenaan di mana ia boleh dijumpai melalui video yang ditonton.

Menurut TechCrunch, TikTok juga telah bekerjasama dengan beberapa pembangun termasuk Voodoo, Nitro Games, FRVR, Aim Lab dan Lotum untuk membangunkan permainan mini tersebut.

Permainan TikTok

Sehingga kini, sebanyak 11 permainan mini telah tersedia dalam aplikasi tersebut. Antaranya termasuk RestZoo, BasketBall FRVR, Influencer Run, Space Destroyer dan lain-lain. Sebagai tambahan, pencipta kandungan TikTok juga mempunyai pilihan untuk memautkan video ke permainan mini sebelum menerbitkan video baharu, di mana mereka menambah hashtag, pautan, penerangan dan maklumat lain.

Buat masa ini, permainan dalam aplikasi TikTok tidak menjana pendapatan melalui iklan atau pembelian dalam aplikasi. Namun, tidak mustahil ia akan dipertimbangkan jika mendapat tarikan pengguna seiring perkembangan platform tersebut.

Sumber: techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY