Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-05T172048.015

Aplikasi “Seeing AI” Kini Hadir Dengan 18 Jenis Bahasa

Diterbitkan Disember 6, 2023 oleh Muhd Idham

Sempena meraikan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) pada 3 Disember 2023 yang lepas, pihak Microsoft telah mengemas kini aplikasi “Seeing AI” mereka dengan menambah beberapa ciri dan bahasa baharu bagi memudahkan pengguna telefon pintar Android serta iOS yang kurang upaya dari sudut penglihatan berinteraksi dengan dunia luar.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Seeing AI ini pada mulanya dilancarkan pada tahun 2017 untuk peranti iOS dan kini diikuti dengan peranti Android dengan kebolehan untuk membantu orang buta dan rabun menggambarkan keadaan di sekeliling mereka seperti membaca e-mel, mengenal pasti barangan harian, mendengar penerangan sesuatu gambar dan lain-lain kemudahan.

Dalam kemas kini terbaru ini, Microsoft telah menetapkan jumlah bahasa untuk Seeing AI versi Android adalah 18 jenis bahasa dengan rancangan untuk meningkatkannya kepada 36 jenis bahasa menjelang tahun 2024.

Manakala, versi iOS akan menerima ciri terbaru Seeing AI seperti:-

Penerangan gambar yang lebih teliti

Selain daripada penerangan ringkas sesuatu gambar di saluran Scene, anda kini boleh tekan pada bahagian “More Info” untuk penerangan yang lebih jelas mengenai sesuatu gambar tersebut seperti nombor bar kod di pek makanan.

Perbualan bersama Seeing AI

Setelah anda mengimbas sesuatu dokumen itu, anda boleh berbual dengan Seeing AI seperti menanyakan soalan mengenai kandungan dokumen tersebut selain daripada mendengar bacaan keterangan tersebut.

Screenshot 2023-12-05 164502

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembaharuan aplikasi Seeing AI ini, anda boleh layari laman web Microsoft Accessibility Blog.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Seeing AI ini di Google Play Store dan App Store.

Berkaitan

  • 5 Produk Lenovo Ini Ada Potongan Harga Khas Untuk Disember 2023
  • Pemesejan "Cross-App" Instagram dan Facebook Akan Tamat Bulan Ini
  • OnePlus 12 Dilancarkan - SD 8 Gen 3, 24GB RAM, Kecerahan 4,500 Nit
  • Pengguna MAE, Sebaiknya Tangguhkan Dahulu Guna Kredit eMADANI

Sumber: Microsoft Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY